Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 20 May 2013

steamboat room made & the impossible

Semalam kitorang buat steamboat dalam bilik Wawa, hebak tak hebak? Tak payah pergi hotel ataupun restoran terkemuka untuk menikmatinya, cukup hanya berbekal RM10 sorang dan peralatan dapur kiki. Masak atas stove kecik, jaga api sebab takut berasap sampai penggera kebakaran bunyi buat naya je! haha. Buat kuah tomyam guna pes tomyam, kiub tomyam, cili padi, halia, serai, limau nipis, daun limau purut, dan hasilnyaa sangat la umhpphhhh! haha. Beli ayam, sotong, udang, bebola, brokoli, kobis, maggi untuk dimenketedarah bersama. Puas hati, banyak gila oi. Sampai makan 2 trip. Siap beli laici and nata de coco. Kemainnnn.

bahan mentah

tempting. ain't it?

Sebelum tidur tengok cerita The Impossible. Impossible korang tak sedih tengok cerita ni. Semalam air mata berharga aku hampir gugur kerna cerita ni sobsss. Cerita ni pasal tusnami, which based on the true story. Dari cerita ni korang boleh nampak pengorbanan seorang ibu, kasih sayang seorang suami kepada isteri dan anak2. Betapa bernilainya ahli keluarga. Memang menginsafkan. Yang paling penting, korang akan nampak the Merciful and Miracle of Allah. Bukan je pada umat Islam, but kepada semua makhluk kat dunia.

Kun Fayakun, kalau Dia kata jadi, maka jadilah ia.

Dalam cerita ni, semua ahli keluarga terpisah. And lastly, with the permission of Allah, they gathered back at the front of hospital when they felt like they will never meet each others again. And dekat Thailand, tempat keluarga tu bercuti, they were the only family yang survive completely, tanpa ada sorang pun yang meninggal dunia. Subhanallah.



Effect and audio industri perfileman barat memang layak diberi pujian. Almost perfect. Rasa betul gila tsunami tu semua, bukan yang diedit. Bak kata kawan aku 'Darah dalam cerita orang kita buat pun nampak tak real, ni kan pulak cerita haha'. 


2 comments:

  1. sedih kan cerita impossible ni, kak bel nangis kot dlm wayang hehe

    ReplyDelete
  2. sedihhh gilaa. x dpt bygkn kalau kita dlm situasi tu kita akn buat apa kan. sayangi lah keluarga anda. haha.

    nadia hampir nak nangis hehe

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance