Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 15 May 2013

Samsung Galaxy S4 v Samsung Note II v Sony Xperia Z

Aku tengah ushar tiga2 handphone ni, konon nak beli, tapi tahun bila nak beli dirahsiakan haha. Aku Iphone dengan Blackberry memang tak pernah minat nak beli. Iphone kan assabiyah sikit, dia nak dengan kroni dia je. Kalau Iphone jadi presiden negeri, nescaya dia masuk neraka. Orang lain classified it as own identity, I classified it as kekwat haha. Tapi Iphone, pergerakan dia memang smooth waa cakap lu. Touch screen dia lembutnya, alahai, pondan paling pondan dalam dunia mesti sukakan Iphone. Applications run very smoothly.

Blackberry pulak aku banyak dengar keburukan dia dari ex-pengguna dia. Bagi aku kelebihan blackberry is BBM only (Blackberry Messenger). Setakat BBM, boleh ganti dengan Whatsapp. Games kureng, applications pun kureng. Games penting woih. Kalau bosan dalam kelas, tengah tunggu bas, dia la penyelamat. Takde game boleh jadi dungu kejap haha. Dengar cerita Blackberry Z10 baru support Instagram, yang lain non hadoo haha. Tapi takpe, takde instagram takde la retarded sangat sampai semua gambar makanan kau nak upload *terasa haha* Eh okay lah upload gambar makanan dari upload gambar syok sendiri (bela diri) haha.

Oh kembali pada handphone2 idaman. Samsung Galaxy S4 memang awesome applications and software dia, tapi aku tak suka bentuk dia. Galaxy Note II pun not bad tapi besar sangat. Xperia Z bentuk dia mengiurkan, siap boleh kena air. Ha boleh bawak mandi sama2, kalau jatuh dalam toilet bowl pun tiada masalah untuk mengutipnya kembali ha ha ha. Yang lain features mereka lebih kurang je. Just camera Note II  8mp je, yang lagi 2 tu 13mp. So far, yang aku tengok Sony punya camera much better than Samsung walaupun megapixel sama

Ni la manusia, ada je tapinya tu. Tak pernah puas hati dengan something. Kadang2 kejadian Tuhan pun kau kutuk gemuk la, hitam la, ni kan manusia yang buat, lagi seronok kau komen ye?

Pilih handphone ni patutnya macam pilih pasangan. Kita kena tengok perangai dalaman dia dulu. Setakat handsome perangai haprak jingga buat apa kan? Kena tengok apa keperluan kita yang dia boleh tunaikan, boleh ke kita get along dengan dia for a long time, boleh ke kita terima kekurangan dia. Kalau semua positive, then proceed. Rupa adalah 2nd criteria. Once kau da jatuh cinta dengan inner-self dia, yang lain takkan ada masalah.

Cuma kelebihan handphone dari pasangan adalah, handphone kalau kita taknak dan bosan kita boleh jual balik dan ambil yang baru haha. Dengan manusia, ada yang kena bunuh karang buat macam tu haha.

Aku rasa aku kena buat istikarah la nak pilih yang mana. Pilih handphone la, bukan pasangan! haha

*sebenarnya malam ni aku ada test Probate. Tak tahu kenapa aku tak selak notes sekarang, pergi review galaxy Note pulak. Pffftttt. Doakan aku dapat jawab, dapat markah okay, dapat kerja bagus, dapat beli handphone idaman. Okbye

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance