Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 2 May 2013

Pilihan Raya Umum 13

Aku kat rumah ni hoiiii. Cuti sempena nak PRU. Mengalahkan calon Parlimen aku ni, balik kemain awal, padahal haram tak berdaftar pun. Tadi balik naik kereta dengan Nani, tak rancang pun nak tumpang dia. Tapi sebab ada masalah bus tadi, kebetulan dekat station bus Changlun terjumpa Nani, dia ajak tumpang sekali, alang2 dia nak hantar Dayah ke Taiping. Pucuk dicita ulam mendatang, bagai orang mengantuk disorong bantal, rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari, ada susu tak diberi kepada anak tapi diberi pada kambing, kau boleh berhenti merepek kot Nadia.

Dalam kereta tadi sumpah aku mengantuk ibarat naga bertenggek kat mata, tapi macam tak manis nak tidur. Da la menumpang orang, buat macam driver pulak. Banyakk cantek kau! Ni semua sebab semalamnya aku kurang tidur. Balik dari test Evidence, balas dendam tengok movie. Soalan test gggrrrrr gila. 2jam masa jawab, sejam setengah aku termenung tak tahu nak jawab apa * exaggerated*. Padahal kalau bukan sebab nak balas dendam pun, bahagia je aku tengok movie, alasan semata kau ni Beron.

Aku baru tengok cerita Expendables 2 semalam. Total comment: Awesome mmuahhh! Haha. Da la semalam balik dari test pukul 11 malam, sampai je aras aku, satu aras kosong, orang da balik. Pffft. Da la hati syahdu tak dapat jawab test, aras sunyi bertambah syahdu. Sampai hati kalian tinggalkan beta bersemayam berseorangan dia blok itu T____T Nak pergi toilet pun fikir 10x, bukan fikir hantu ke apa, aku lagi takut orang. Da la sebelah aku blok budak laki yang suka prank orang time birthday pastu bergembira kejar2 keliling blok pakai boxer semata T____T Yang kau pergi ngintai dorang kenapa? Bukan niat ngintai, niat nak tahu apa yang seronok sangat kat luar tu je. Kalau tak fikir nak ambil wudu', aku uruskan je diri aku guna air mineral dalam bilik haha feeling kaya nak cuci muka guna air mineral.

Eh tajuk entri ni bukan pasal PRU ke? Hahaha. Aku malas nak komen banyak, sebab aku pun tak berdaftar. Pong pang pong pang pun tak guna kalau kau takde hak nak buktikan sokongan kau. So aku just berdoa yang negara kita dilindungi dari pemerintah2 yang zalim. Kalau ada hak mengundi, aku memang da ada parti yang aku sokong huehuehue.

Kemain kencang masing2 berkempen. Bendera tudiaaaa. Kalau aku ambil semua bendera kat satu kawasan semata, boleh buat stok baju raya sampai umur 58 tahun. Kali ni hangat PRU tu aku rasa, mungkin aku pun da besar, da matang. Takdela macam dulu, peduli apa aku siapa pun pegang negara, jangan pisahkan aku dengan mak ayah aku sudah.

Sekarang info bukan dari TV and akhbar semata. Banyak lagi medium; youtube, blog, twitter, FB. So orang da tak diperbodohkan macam dulu. Masing2 da terbukak mata, da tau mana nak cari maklumat, da nampak mana yang baik mana yang buruk.

Bak kata Sir aku yang handsome 'Allah swt has given us wisdom to think. The choice is yours'. 

So, happy voting people! Make a right choice. For our better nation, better future, better generation, better in everything Semoga negara kita jadi negara Islam bukan hanya pada nama. *mampu bagi semangat je, sebab tak mampu mengundi huuu. I is menyesal tak daftar huk huk huk. Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya Nadia.

Kawan aku kat Universiti al-Azhar pun balik mengundi woi! Gua tabik sama lu. Tak payah lu2 sangat Nadia, ingat, dia cakap ana anta je.

Haa orang kuale, ayah aku KTM SK Talang. KTM tu Ketua Tempat Mengundi, bukan Keretapi Tanah Melayu. Kalau nak ngorat aku pergi la jumpa dia. Kah kah kah kah. Boleh tahan bangang ye kau ni Nadia!

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance