Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 11 May 2013

Perkauman #dialog

Huyooo, loket (roket), power la. Abang nak sokong loket la.
Tak boleh tu bukan orang Islam, kita kena sokong orang Islam
Islam yang mana?
Tuuu *sambil tunjuk*
Cina bukan orang Islam ke?
Ada, ada Cina yang Islam, tapi kat sini tak banyak.
Cina tu semayang macam mana?
Ada la cara dorang. Cina tu bukan agama, Cina tu bangsa. Ada cina yang Kristian, Budha, Islam. Ha tu agama. Melayu, Cina, India tu bangsa. Macam abang, abang orang Melayu tapi agama abang Islam.
Kalau loket tu Cina yang Islam boleh la sokong?
Boleh, apa salahnya, janji Islam. 
Kita tak boleh suka orang Cina eh?
Bukan macam tu, apa pun agama dan bangsa dorang, kita kena hormat. Dalam Islam kita tak boleh buat jahat dengan siapa2 pun. Kita tak boleh benci siapa2 pun. Kita tak boleh ada sifat perkauman.
Perkauman tu apa?
Perkauman tu macam Cina nak kawan dengan Cina je. Tak boleh macam tu, Melayu ke Cina ke India ke, semua kena kawan. Kena buat baik dekat semua. Kalau tak dosa.
Abang rasa sekolah abang tu perkauman la.
Kenapa pulak?
Yela, abang takde pun kawan India dengan Cina
Memang la, tadika abang tu tadika Islam -_-''
Takpe ke abang takde kawan dengan India dengan Cina?
Haha takpe. Abang kecik lagi. Nanti abang da besar mesti abang jumpa. Yang kita tak kawan pun kita kena buat baik. Yang semalam abang panggil budak India kat taman kanak2 tu, oi budak hitam, ha tak boleh macam tu. Dosa. Allah yang cipta dia kulit macam tu, abang pun bukan putih sangat.
*sengih2* Yelaa, abang tak buat da. Tapi kenapa orang Islam tak guna loket? Baru la power!
-_-''

2 comments:

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance