Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 10 May 2013

Last piece of month

Lagi sebulan 3 hari InshaAllah habislah aku belajar kat UUM ni (doakan) *fuhhhh* Masa yang ditunggu-tunggu dari hari 1st aku daftar nun back to 2009 haha. Tapi nak habiskan sebulan ni la paling pfft sekali. Kelas ganti tudia berderet sampai ke Perlis. Assignments tak payah cakap la menggunung dia. Nasib baik da lepas beberapa tests. Tinggal 2 je lagi. Tak payah la cerita pasal pelajaran, bohsannnn! Huehuehue

Banyak benda nak settle sebelum balik. Final exam inshaAllah start on 3rd June, and habis 13th June. 5 papers final aku sem ni, moga Allah beri kekuatan dan permudahkan. Aku balik inshaAllah 15th June, sebab hari Sabtu so tak payah ayah susah2 nak ambil cuti. Perancangan 3 kereta akan datang ambil aku kah kah kah. Barang aku banyak oh. Aku suruh datang naik lori, family aku seorang takde lesen lori, so nasib la hehe.

Mula2 mak nak datang 2 trips, tapi siblings mak offer nak ikut sekali, Alhamdulillah, senang cerita. Eleh dorang bukan nak ambil aku sebenarnya, ada la tu nak melencong. Kan? Haha

Bersedia ke aku nak tinggalkan UUM ni? Eh off course, tak sabar lagi ada la haha. But I know, someday, I will miss this university. Biasalah manusia, we love when we lost hehe.

TAPI sumpah aku tak bersedia nak pisah dengan kawan2. 4 tahun hidup tunggang langgang dengan dorang kat sini. Alhamdulillah, sepanjang 4 tahun seingat aku, kitorang tak pernah bermasam muka towards each others. Setakat terasa hati sikit2 tu, biasalah, ingat masing2 hati besi ke tak cair2? 

Kadang2 aku ternampak gambar2 kitorang, sumpah sedih. Aku percaya lepas ni da takkan sama macam sekarang. Yang boleh buat persidangan meja bulat sambil sedut cool blog. Sembang dari topik warna rambut orang, tup tup tak tahu macam mana, tiba2 cakap pasal masalah politik. Jauh melompatnya.

Lepas ni, masing2 ada haluan hidup masing2, duduk pun da jauh. Da tak boleh call malam2 sesuka hati ajak jalan pergi makan, tak boleh lepak sama2 bentang tilam atas lantai letak laptop atas katil tutup lampu layan cerita hantu, da takde nak jerit2 dalam kereta rebut2 nak bergosip, da takde pukul 1 nak hantar assignment-pukul 12 masih menype assignment kat library, da takde main system shift pergi kelas haha. Macam2 la lagi. Haiii la masa, cepatnya berlalu. *pssst, bila kiamat?

Sumpah, andai boleh hentikan waktu, akan aku habiskan masa bersama mereka tanpa gangguan buku2 haha. Tapi, masa bila bersama mereka, memang takkan pernah cukup,  bila bersama mereka masa begitu cepat berlalu seakan cemburu. Andai mereka tidak bersama aku, nescaya aku celaru dan hidup tak menentu.

Ya Allah, terima kasih hadirkan mereka dalam hidup aku. Moga persahabatan ini menjangkau hingga ke syurgaMu.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance