Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 6 May 2013

Keputusan PRU 13

Aku syak semua da tahu keputusan PRU semalam. Sepanjang aku faham erti PRU, aku rasa term ni yang paling hangat sekali. Macam2 chaos jadi. Nak kira undi pun bukan main lama. Family aku boleh siap panggang kambing lagi sambil dengar keputusan. Dekat tv lain keputusannya, tengok laman web lain.

Ada yang mula2 menang, tiba2 kalah. Macam2 spekulasi muncul. Tapi yang kali ni memang berdebar gila. Lagi berdebar dari nak ambil keputusan SPM katakooo. Aku yang tak pergi mengundi nak berdebar sama tak tau pasai paa haha.

Kepada yang menang, harap pegang amanah ni sebaiknya. Jangan buat orang jelek. Semoga disayangi rakyat.

Kepada yang kalah, jangan mengalah. This is not the end.

Pasal spekulasi main tipu, undi hantu, blackout, dakwat tak kekal, muka bangla nama Cina; harap pihak yang berkenaan bertenang. Semua yang jadi ada hikmahnya, kan? Takkan terjadi sesuatu benda tanpa kebenaran Allah. Dia Maha Mengetahui, Dia tahu yang terbaik untuk kita. Pengetahuan kita ni sangat lah limited. 

Kita terus berdoa, supaya yang benar akan capai kejayaan satu hari nanti. 

Mungkin kerajaan sekarang akan mentadbir dengan lebih baik, akan mensyiarkan Islam, akan membela orang Melayu. Mungkin jugak ini istidraj untuk dorang. Siapa tahu?

Kita sebagai manusia ni, cuba bersangka baik. Memang susah. 

Harap lepas ni, kerajaan yang pegang sekarang, da takde keluar cerita barang kemas 29juta, da takde dengar cerita projek seladang ke apa, da takde cerita corruption sana sini.

Harap yang kalah, da tak buat spekulasi yang tak berasas. Jangan timbulkan kekecohan. Terima la keputusan ni seadanya. Ada lagi masa. Mungkin 5 tahun yang diberikan adalah peluang untuk memantapkan diri. Teruskan berjuang, teruskan berdoa, pada Allah. Tunjuk nilai2 yang boleh yakinkan rakyat. Allah sentiasa di pihak yang benar.

Kalau betul ada penganiyaan, ingat Allah juga bersama orang yang teraniya. Doa orang yang dizalimi, dimakbulkan, remember? So jangan gelabah ayam buat kerja meluru ke jalan raya ke apa, buat kena langgar je.

Wahai rakyat jelata, dunia bukan terhenti setakat ni saja. Dah dah la tu kumpul dosa

Ha lagi satu, lantak la hang menang ke kalah, sila cabut bendera. Aku tak nampak nak keluar simpang.

Sekian, terima kasih

"Kegelapan ada kalanya berpanjangan. Namun tidak akan berterusan selamanya.
Kebenaran ada kalanya lemah. Namun ia menang sepanjang masa
", Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

2 comments:

  1. saya suka kenyataan anda nadia. Tetapi bab bangla dan blackout tu ada asasnya. Semalam saya di pusat penjumlahan undi dah keluar maklumat tak rasmi yg PR sedang mendahului kerusi parlimen .tetiba berlaku blackout. Satu lagi isu ialah ada warga asing datang mengundi. Memang berlaku. Ada diantara mereka ditangkap. Mereka juga xbleh menyanyi lagu Negaraku pun.

    tulisan anda bagus.seimbang. banyakan membaca isu politik dalam media yg lebih luas

    ReplyDelete
  2. yess. indeed. pasal tak rasmi tu ada dgr jgk, byk. orang2 kuat semua da keluarkan statement tu. Tp tu la x rasmi kan.

    PRU kali ni byk sgt simpang siurnya. Org buta pun blh nmpk, kita yang celik pulak blh tersungkur.

    kdg2 bkn xnk baca isu politik, takut jelek. takut terslh ckp.

    mcm org yg kurg ilmu n x berkuasa mcm aku ni, aku doa je la. Islam akan menang 1 hari nnt, jnji Allah kan tu? :)

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance