Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 12 May 2013

Benci menunggu

Aku bet takde siapa suka menunggu. Tapi tahap kesabaran aku dalam bab ni, memang nipis, lagi nipis dari iman. Kesabaran kan sebahagian dari iman.

Tak kira la siapa, dengan mak aku pun aku tak suka menunggu. Kau tau la kan pesen mak2 ni. Pergi kedai, kata nak beli susu cair je, bukan tak tahu susu tu kat mana, kalau ikutkan kadar masa membeli and membayar tak sampai 10 minit pun. Tapi boleh terlajak ke 30 minit, sebab sembang dengan cashier T____T Aku dalam kereta da rupa cacing kepanasan, walaupun aku tak tau rupa cacing kepanasan macam mana sebenarnya.

Aku bab ni dengan ayah memang ngam. Kitorang memang cepat, tak terhegeh (haha puji diri sendiri). Kata nak keluar pukul 2, pukul 2 memang tengah reverse kereta nak keluar parking. Bukan pukul 2 baru sangkut tuala kat bahu nak pergi mandi (ni adik2 aku) Pfffft! Jadi macam ni memang kena jerkah la adik2 aku. Kalau aku tengah PMS ke, memang aku tak pergi langsung, aku bukak tudung, tidur hahaha puas hati!

Aku memang orang yang tak boleh konvoi (sama dengan ayah), nak tunggu semua berkumpul adalah !@#$^*^*. Tambah2 kalau janji 10 kereta sekali. Woooo nehi nehi. Jumpa je la kat tempat yang dituju terus, daripada aku tak boleh nak control air muka sakit hati aku sebab menunggu. Spoil mood je.

Come on la, be punctual. Sakit hati tau menunggu! Lagi sakit dari tahu been cheated haha.

Hey you, never expect I'll wait for you, no matter how special you are to me. I hate waiting, in whatever circumstances. First come, first serve haha.

*Boys with their dirty minds. I hate.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance