Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 29 April 2013

Review Samsung Galaxy S4

Wah aku nak cerita pasal Samsung S4 ni ibarat macam aku da memilikinya. Oh tidak lagi, akan memilikinya inshaAllah hahaha konfiden. Time buat entry ni, aku jauhkan handphone yang aku miliki sekarang, takut dia rendah diri dengan kehebatan yang akan aku hebahkan tentang S4.

Semalam, 3 jam aku review pasal handphone ni. Aku memang suka gadjet, especially handphone, mp3, mp4. DSLR aku tak suka sebab bapak besar and berat, tapi galaxy samsung camera nampak menarik huehuehue. 

Da lama aku dengar khabar angin pasal S4. Dari time dia keluarkan prototaip bentuk2 dia lagi. Ada satu bentuk tu, perghhhh mengancam gila, lagi sexy dari Alex O'loughlin kenyit mata. Aku harap dia akan kuar dalam bentuk tu, tapi hampa, bentuk dia mirip Samsung S3 which aku tak suka sangat. Aku suka benda yang betul2 petak, nampak elegant. So dari segi bentuk, aku prefer Samsung Note II.

Camera dia 13megapixels hoi! Pori2 pipi pun boleh nampak tau! Macam2 camera dia boleh buat untuk korang, tapi aku tak reti exlplain. Nak carikan jodoh je camera tu tak boleh buat haha. Yang aku ingat, camera dia ada sensor, bila ada orang lalu kat belakang, dia takkan snap, bila da takde baru dia snap. Penyabar handphonenya. Camera depan pun dekat2 2mp, kalau video call, takdela rasa ber-video call dengan lembaga halus haha

Yang menariknya, dia boleh detect pergerakan mata kita. Kau letak je handphone tu depan mata kau, bagi dia beberapa saat untuk 'tangkap' mata kau, lepas tu kau boleh baca artikel tanpa scroll guna jari, just naik turunkan anak mata. Tapi aku tak tahu orang mata sepet dia boleh detect ke tak. Haha

Cara tengok video pun awesome. Kadang2 kan, bila kita tengok video kat handphone, time tu la mak panggil suruh pandang dia, tanya tudung dia matching tak dengan baju. Sebagai anak yang solehah, mata kita automatik akan terus pandang mak, tanpa sempat nak pause video tu. Hah bila da start cakap dengan mak, sampai habis video dia bertanya 10x okay ke tak pakaian dia, walaupun kau da cakap okay 90x. Bila pandang handphone nak sambung tengok video, da habis da pun video tu, kena rewind balik.

Dengan S4 kau tak payah risau, sebab dia detect mata kau jugak. Bila mata kau tak pandang handphone, automatik dia pause video tu. Kau nak pergi terkencing pun takpe, dia tunggu, jangan tahan kencing nanti batu karang haha. Atototo bijaknya awak! Boleh jadi anak saya? Haha. Ni bukan smartphone, ni geniusphone huehuehue.

Lagi satu kelebihan dia, kau nak jawab call ke, nak turn ke next page ke, tak payah sentuh screen pun boleh. Kau swap je, ibarat orang kaya (apa kene mengena aku tak tahu). Tengah makan kan, tiba2 suami called, nak pegang tangan ada sambal belacan (sayang la oi, handphone baru kot), tak angkat karang suami merajuk ingat da tak sayang kat dia *pffft*, so kau swap je la. Swap tu kau layangkan je tangan kau atas screen. Pastu cakap la guna loud speaker, tapi jangan cakap benda bukan2 sudah haha

Banyak lagi features dia yang menarik, tapi yang aku bagitau ni extra menarik.

Nah video, untuk korang lagi faham;


Apa lagi? Bila nak pergi beli? Harga pasaran RM2k++ Aku? Aku inshaAllah tunggu hantaran kahwin! hahahaha

walaupun rupamu tak seperti yang kuidamkan, tapi takpe, orang kata hati yang penting bahahhaa.


4 comments:

  1. nanti i beli bg kt u eh. :P
    rindu dgn gelagatmu

    ReplyDelete
  2. oh tq. x sgka wujud lg org baik dlm dunia ni.

    ReplyDelete
  3. yang mata sepet tu terus teringat rumet k.bel je haha

    ReplyDelete
  4. i thought the same thing haha *mintak2 dia tak baca komen ni hihi

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance