Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 14 April 2013

Perubahan jadual makan untuk pesakit gastrik

Aku bukan displin orangnya. Aku nak makan aku makan, aku taknak makan, sehari suntuk boleh aku tak makan. Makan pedas tak pernah tinggal. Minum manis je aku kurang, aku lagi suka minum air kosong. Tapi tu pun aku bukan jenis minum banyak. 

Lepas aku operation apendiks, gastrik aku makin teruk. Dulu aku buat tak endah je. Aku sakit aku telan gaviscon, aku tidur, bangun tidur aku da sihat macam biasa. Tapi sekarang gaviscon da tak lut dengan aku T___T makanlah sebaldi pun, tak effect.

Lately, aku sendiri tak tahan dengan sakitnya gastrik tu. Aku kalau aku sendiri da tak tahan, aku slow2 ambil inisiatif. Aku tak sedegil sebelum ni. Muehehe baru kau tau!

Bila hidup bergantung pada ubat, baru kau rasa penangannya kan Beron? Makcik aku ada masalah sama dengan aku dari umur 19 tahun, sekarang dia da lewat 40-an. Makanan da bukan untuk sedap, tapi untuk kesihatan badan.

Aku taknak bergantung pada ubat. Ubat ketumbuhan dalam hidung aku stop kejap, bagi laluan dekat ubat gastrik. Haha da macam traffic pulak ada laluan2. Gila kau, badan aku da rupa agent penyeludupan dadah. Ubat gastrik aku dose kuat, sebab ada orang yang pening makan. So far aku okay je makan.

Bangun tidur benda first buat sebelum ambil wudu' makan ubat. Lepas breakfast makan ubat. Lepas lunch makan ubat. Lepas dinner makan ubat. Tak ke lahabau hidup gitu?

So aku tekad, aku nak jaga makan aku. Habis 10 bijik ubat yang kena makan sebelum makan apa2 tu, aku nak berhenti makan ubat tu, makan bila perlu je. Yang lain aku guna inisiatif lain. 

Pagi2 aku minum air Gano. Air ni banyak fibre. Alhamdulillah ayah aku amalkan air ni, hilang gastrik dia. Tengah hari aku makan nasi, dengan sup, sayur banyak (aku da start belajar makan sayur hijau, selama ni aku makan non-green vegi je) , elakkan makanan bergoreng, kurangkan makanan pedas (kurangkan je? Elakkan terus la Beron! Pelan2 la hehe). Malam makan nestum dengan biskut.

Aku da jadi takut nak makan apa2. Aku tak boleh tahan da dengan sakitnya. Sakit sampai aku tak boleh nak senyum, tak boleh diri, tak boleh solat diri lama2. Kadang2 solat duduk pun sakit. Kalau solat baring takut aku tertidur dalam solat haha

Puncanya kau jugak kan Nadia? -_-''. Baiklah, aku insaf. Harap Istiqomah. Doakan. Hee

Mak cakap kalau tak hilang sakit, pergi jugak skop. Nehiiiiiiiiii! Masuk kot mulut takpe lagi. Masuk kot bontot tu mak aiiii. Camera dari mulut boleh detect sampai tengah perut je. Dari tengah ke usus dia tak boleh detect. Ada macam2 jenis gastrik. Ada yang dari esophagus da ada puncanya, ada dari usus. So kena buat dua2.

Ya Allah jauhkan aku dari segala penyakit yang memudaratkan. Aameen 

4 comments:

  1. Mana nak cari air gano?

    ReplyDelete
  2. dekat kiosk2 jual ubat2 tradisional ada.

    ReplyDelete
  3. Betul ke berkesan air gano ni kak?

    ReplyDelete
  4. Gano lingzhi .
    it depends on individual actually. For me, Alhamdulillah. try la, tak cuba tak tahu :)

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance