Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 21 April 2013

lelaki kelakar jadi pilihan.

Rata2 aku tanya perempuan suka laki yang kelakar tak, semua suka. Sebab lelaki2 tu boleh buat kita gelak time kita rasa nak nangis. Tapi tak reti serius langsung payah jugak. Aku ada jumpa pasangan, boleh cakap macam Beauty & the Beast. Astaghfirullah, jahat mulut hang Nadia. Tapi takpe, owner punya badan yang ngaku sendiri hihi. Pelik jugak aku, apa yang si cantik tu pandang pada laki tu, nak kata baik macam ahli masjid takde la sangat haha, rupa2nya sebab laki tu kelakar. Haha laki tu memang kelakar, aku baca tweet dia je pun aku boleh berdekak gelak.

Ni bukan nak cakap pasal pasangan, more to friendship.

Yang kelakar ni selalunya bad boy. Jenis nakal, jenis pakai redah, jenis sukahati dia je. Jarang aku jumpa laki yang baik,sopan, tawaduk, yang kelakar orangnya. Aku banyak baik dengan bad boy. Yang kat sekolah pernah kantoi merokok, cover line orang merokok, jual rokok, belasah budak, pecah masuk library melalui atap sekolah. Sampai mak tanya 'Kamu takde kawan yang baik sikit ke Nadia?' Hahaha mesti la ada. Ada je yang baik yang kelakar, tapi jarang aku jumpa. 

Sembang dengan dorang memang fun. The conversations never stop. Ada je bahan dorang nak bercakap. Dengan dorang pun jadi tak kekok nak kuangjooo ke, nak megutuk ke, dorang open orangnya. Even ada yang bertahun aku tak contact, tiba2 dapat contact balik, still tak awkward, dorang pandai hidupkan suasana.

Dan aku ada baik dengan a few guys yang sopan orangnya. Aku jadi berhati-hati kawan dengan dia. Aku pun terjebak jadi sopan sama haha. Nak cakap aku kau pun rasa serba salah. And selalunye the conversation takkan kekal lama, sebab dia tak reti nak hidupkan suasana, and aku pun jadi awkward. Hambar jadinya. Tiba2 stop without goodbye. Tiba2 esok dapat message 'Hai' balik -_-''. Ada time yang aku rasa alaaa, malasnya sebab aku tau at the end, dua2 akan senyap.

Aku memang tak reti nak initiate perbualan, aku pun hambar orangnya. Tapi kalau dengan yang kelakar, aku boleh jadi kelakar sama. Aku ni macam iguana, change due to environment. Kalau kau hambar, aku hambar, kalau kau kelakar, aku kelakar. Aku ada jugak buat kelakar dengan orang yang sopan ni, tapi mereka tak paham huuu. Time tu rasa nak pergi hantar dia ke kelas muahasabah diri, kenapa simple joke pun anggap serius? Sometimes I was being sarcastic, and mereka tak dapat tangkap. Siannya kalian.

Sebab tu aku lagi prefer kawan dengan orang yang fun. Bercinta takpe dengan orang yang hambar sebab bila da jatuh cinta, baik buruk awak saya tewrimewwwwww! Kahhhhhhhhhhhh!

Eh tadikan aku pergi V Mall (gaya kepoci). Oh sebelum tu, V Mall adalah mini shopping complex untuk budak2 UUM, shopping complex la sangattt! Da macam pusat membeli belah Rantau Panjang  je aku tengok sebab banyak jual barang Thailand haha. Ok nak sambung cerita. Aku nampak sorang laki menawan rupawan sopanwan handsomewan (gataii nya kau ni hahha) nak beli waffle aiskrim. Time nak bayar, tiba2 dia cakap 'Laki lepas saya tadi order apa eh?'. Kakak tu jawab 'Waffle peanut'. Then dia cakap 'Ha kira sekali untuk dia'. Kakak tu tanya lagi 'Kawan ke?'. Dia geleng, senyum, dan berlalu pergi. Ya Allah, baiknya hati, muka menyejukkan hati pulak tu. Ada ke kawan2 aku cakap laki tu gay, heloooo dia bayar untuk student Nigeria kot! Nak gay pun cari la yang muka model sikit haha. Dari air muka dia, aku tau dia memang baik orangnya.

Mana nak cari lagi lelaki macam tu. Muka elok, perangai elok. Tiba2 rasa jatuh cinta, tapi masalahnya hari ni 3kali aku rasa aku jatuh cinta kat laki yang berbeza. Hahahhahaha. Ha nak sangat kan aku bercinta, aku tengah belajar to love again la ni haha.

okbye.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance