Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 29 April 2013

Kufur nikmat

Jadi manusia, kita selalu kufur nikmat. Time panas merungut, bila Allah turunkan hujan pun merungut, nak yang macam mana pun tak tau!

Bila tengok orang lebih sikit dari kita, mula la dalam hati, kenapa aku tak macam dia, kenapa aku tak dapat ini, tak dapat itu.

Konsep bersyukur ni, kita tak boleh tengok orang yang atas dari kita, kita kena tengok orang yang bawah dari kita. 

Kau jangan bandingkan diri kau dengan Sultan Brunei pulak, memey tak dapet le derr. Cuba kau bandingan diri kau dengan orang yang tidur kat station bus, nescaya kau akan bersyukur tidur atas katil bertilam, walaupun tilam kau bukan jenama Ziana Zain.

Rezeki manusia berbeza. Ada yang gaji cecah puluh ribu sebulan, ada yang 3 4 ribu, and ada jugak yang tak sampai seribu. Tapi kena ingat, semua tu pinjaman. Allah nak tarik, sekelip mata je; kena rompak, rumah terbakar, bencana alam, bankrupt.

Jangan pernah jeles dengan orang yang boleh dapat apa je yang dorang nak, sebab kekayaan harta mereka. Itu bahagian mereka, bahagian kita mungkin rezeki kebahagiaan. Kau ingat orang kaya semua bahagia ke? Dorang lagi runsing, hati resah nak jaga duit berjuta-juta, tak tenang fikir keselamatan diri, kalut nak banyakkan lagi duit (tak semua).

Masa jugak rezeki. Dan banyak manusia yang rugi sebab tak gunakan masa dengan benda bermanfaat. Ada masa free, melepak sana sini. Malamnya ada exam, pukul 6 petang baru gelabah, sebelum tu ada 48jam free, kau pergi cari nahas tengok movie, tengok youtube.

Ye, perenggan di atas adalah hentaman ke atas diri sendiri. Esok malam aku ada test Evidence Law, tapi sekarang baru ada niat nak study. Niat je ada, buatnya entah bila. Aku janji aku study right after aku shut down laptop ni (tak tahu pukul berapa nak shut down, 12malam karang kot bahahahaha)

Pagi Rabu aku balik, roh aku da balikk Jumaat lepas da, ni tinggal jasad je kat sini, sebab tu takde 'soul' nak test ni. Podahhhhhh kau Nadia! Kau dari tadika memang malas nak exam kan? Tak payah nak bagi bermacam alasan. Only you know yourself!

Haha okbye. Aku CUBA shut down laptop lepas ni. Stay tuned! 

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance