Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 5 April 2013

Gua Tempurung; awesome adventurous trip! (Tips & Guidance)

Sekarang aku tengah cuti midsem. Sebelum balik ke rumah masing2, aku and the geng planned pergi masuk Gua Tempurung dekat Gopeng, Perak. Kitorang pergi hari Khamis (semalam), Jumaat tutup. Kalau lalu highway keluar exit 135, belok kiri, dalam 5km, masuk simpang kiri, dari simpang tu 2 km lagi sampai gua tu.

Berdebar jugak kitorang nak masuk sebab tak pernah masuk kan. Lagipun kitorang bukan aktif orangnya, setakat jogging sekali sekala tu ada la haha. Kitorang sampai dalam 10pagi. Nak ambil 3rd level. Dia ada 4 level. Level 1 & 2 dry je, level 3 & 4 wet and dry. Fee entrance level 3 RM11 sorang, level 4 RM26. Level 1 & 2 aku lupa harga masuk sebab tak pandang langung, apa kerlass pergi yang dry je haha. Nak buat level 4 seriau pulak, sekali jumpa rimau macam mana? haha Takdelah, kitorang takut yang tu too adventure untuk kitorang yang ayu2 ayam ni haha.

Masuk sana kena bawa torclight which kitorang tak bawa. Tapi jangan risau, ada kedai jual torclight kat sana. Kitorang beli yang paling murah, RM3.80 tapi power gila. Da rodok dalam pasir, rendam sejam dalam air, masih berfungsi dengan jayanya. Tahniah!

Masuk level 3 & 4 paling minimum 8 orang, unless korang 5 orang then sanggup bayar harga untuk 8 orang then dipersilakan masuk. Tapi aku tak recommend masuk 5 orang je, nanti aku cerita kenapa. So kitorang tunggu 1 rombongan bas sekolah, yang di-inform akan sampai dalam pukul 11. Da pukul 11, tiba2 ada bus masuk, tengok2 bus Sekolah Agama Melor, Kelantan. Sekolah Agama oi! Terus masing2 tarik2 baju kasi labuh sikit haha. Yang keluarnya lelaki, kitorang da cuak, takkan kitorang je perempuan, sekali tengok ada jugak students perempuan, dengan 3 orang ustaz (pitam), and sorang cikgu perempuan. Students semua tingkatan 2 and 5.

Ada sorang renjer guide kitorang. Mula2 masuk da briefing tak bagi conteng gua, and mulut jangan celupar hihi. Ayuh mulakan perjalanan! 

Tangga turun naik ada around 900 anak tangga pffft. Haha. Sumpah gigil kaki aku, bukan gayat tapi sebab tak biasa naik tangga, selalu naik lif je, ha padan muko ekau! haha. Ada la platform2 dia. Berhenti tengok keliling gua, macam2 bentuk ada. Ada bentuk ayam, dolphin, singa, etc.Pembetukan2 tu ambil masa 1000 tahun untuk membentuk. Aku da arwah nanti gamaknya baru ada hasil bentuk lain. Aku tak tahu nama scientific dia, sila google.

Ada part yang tiba2 sejuk, dingin je, sumpah best, rasa macam duduk dalam aircond but in fresh way. Tu angin yang terhasil dari tingkap gua. Gua ni ada satu tingkap je. Alhamdulillah sepanjang perjalanan takde la jumpa ular ke dinosour ke (batu bentuk kaki dinasour ada), even kelawar pun aku tak nampak.

Half way aku da berpeluh naik turun tangga. Dan aku berazam taknak exercise setahun start dari tarikh semalam haha. 

Sampai end of stairs journey, abang renjer tu bawa kat satu tempat macam gaung. Aku tergelincir kat situ sebab kasut licin, sumpah sakit, rasa hilang punggung sebelah huhu. Abang tu gelakkan aku sebab belum apa2 da jatuh pffft. Dia cakap kitorang kene slide turun tu. Woi curam woi! Aku ingat dia main2, sekali betul T____T.

Mula2 dia turun, steady gila. Then 5 orang budak laki turun untuk sambut kitorang kat bawah. Then abang tu naik balik duduk kat tengah2 nak control kitorang. Salah turun memang boleh innalillah, sumpah. Time turun kene rapatkan kaki sebab dorang nak tahan kaki, kalau depangkan kaki, kaki boleh patah wooo.

Lepas budak2 laki tu turun, kitorang turun, aku orang ketiga. Aku pakai seluar tracksuit Cheetah yang RM19.90 tu. Motif kau bagitau harga seluar kau? Haha. Tak, seluar tu licin kan, kalau korang pernah beli la. Tapi best sebab nipis haha. Time turun, selain rapatkan kaki, kau kena tahan kelajuan badan kau guna tangan. Sampai kat tengah, kat tempat abang tu tunggu, aku dapat break. Bila nak turun, curam dia, dengan kelicinan seluar aku, sumpah aku tak boleh control speed aku. Orang lain turun budak2 bawah tu sambut kaki dorang je sebab dorang melunjur. Aku turun terbaring kau tau, mengereng! Aku lost control. Nasib baik lima2 tu berbaris elok sambut aku. Kalau sorang je yang sambut mahu tragedi berdarah kepala aku terhantuk kat lantai gua. Da tak kisah budak laki sekolah agama sambut aku, budak2 kan, kalau abang budak harus aku malu 5 keturunan T____T. So silalah pakai seluar yang kesat sikit kalau nak buat level 3 & 4. Kalau setakat level 1 & 2, pakai skirt vintage pun takpe. Then budak2 tu gelak2 kan aku, ejek aku paling berat nak sambut T_____T

Bila budak2 perempuan nak turun, kitorang try nak tolong sambut sebab faham la dorang mesti segan, sekolah agama kot, takkan nak bagi laki sambut. Maria, Wawa, and Cha yang tunggu, aku tukang suluh je, kalau aku yang sambut alamatnya dua2 jatuh haha. Tapi kitorang tak kuat and kurang skill. Ada sorang budak jatuh tak sempat sambut. Sumpah kesian. Aku rasa mahu retak tulang punggung dia huu. Last sekali abang renjer turun balik, ada sorang ustaz jaga kat tengah. Sebab kalau kitorang yang sambut alamatnya keluar2 semua patah2 tulang haha

Lepas habis tu, kene masuk lubang arnab. Huaaa. Lubang ni muat sorang je. Abang tu turun dulu. Then budak laki 5 orang turun, baru kitorang turun. Aku tak tahu abang tu duduk kat mana, tapi nak turun dia suruh pijak peha dia, aku serba salah jugak, patah peha anak orang karang haha. Disebabkan aku tak cukup tinggi, da pijak sebelah kaki kat peha abang tu, aku still tak sampai pijak lantai gua haha. Then abang tu pegang kaki aku lagi satu, drop-kan kat lantai. Lepas tu kene turun lagi satu lubang yang besar sikit, ni turun ke sungai, budak2 laki da tunggu kat bawah. Tu pun dorang pegang kaki aku jugak sebab tak sampai T___T.

Air sungai dia sumpah awesomwe! Sejuk gila, dingin, damai, ah macam2 la. Yang penting best. Sementara nak tunggu yang lain turun, sempat lah aku berendam2 kejap bawah gua tu. Bila semua da turun, mula la perjalanan meredah sungai gua. Ada yang kene merangkak, meniarap, jalan itik. Torchlight terpaksa gigit, sebab memerlukan kedua-dua tangan nak control. Batu2 gua memang tajam, and bentukan2 dia ada yang betul2 atas kepala and tajam2 jugak. Ada part yang kene bongkok, kalau tak berdarah la kepala kalian.

Yang bestnya, air dia deras, so lalu bawah terowong pun laju je sebab air yang tolak badan kita. Kena pandai control, takut terlanggar bentukan2 atas kepala yang tajam2. Tapi part lalu kat air paling aku suka. Mencabar dan enjoyable. Perjalanan dalam air dalam 1.5km. Tak payah berangan nak bawa bagpack ke, camera ke handphone ke, sebab akan basah 1 badan, dan takde peluang handphone akan survive dalam tu.

Akan keluar melalui sungai jugak. Perjalanan level 3 dalam 2 jam setengah. Batu2 kat sana ada yang cantik sangat, macam batu marmar, bukan macam Nadia, memang batu marmar. Lagi 100 meter nak keluar pintu gua, kitorang berhenti mandi. Air jernih and tak dalam, paling dalam pun sampai pinggang aku je. Kitorang siap baring dekat atas2 batu laluan air sungai tu, ustaz siap suluh kitorang. Mungkin dia ingat anak2 murid dia yang tak senonoh haha. 

Bila keluar sambung mandi sungai dengan budak2 ni. Ada sorang budak laki yang sambut kitorang tiba2 percik air kat aku. Ha apa lagi, jadilah perbalahan percik air. Aku ingat budak sekolah agama behave haha. Kitorang dengan tak malunya suruh dorang tangkap gambar kitorang dengan camera dorang, tiba2 budak2 laki tu menyebok kat belakang. Bila dorang tangkap gambar ramai2 kitorang pun menyebok, da macam cikgu praktikal dorang, nak kata macam students sekolah tu memang jauh panggang dari punggung haha.

Masuk gua dengan dorang sumpah best gila, enjoy sangat. Terima kasih adik2. Perempuan dia ayu2 and sopan, sampai segan nak tegur, tak sekufu haha. Ada la 2 3 orang yang ramah ngan kitorang. Yang laki pun dalam 10 orang je yang ramah dengan kitorang.

Kalau nak masuk sana semua perempuan, memang aku tak recomend. At least kene 3 4 orang laki ada. Nasib baik kitorang dapat masuk dengan budak2 sekolah. Kalau lambat sikit kene masuk dengan gang budak laki yang da sebaya2 aku. Segan aih nak bagi dorang sambut kita. Lebih elok masuk dengan mahram, da kahwin sebelum dapat anak pergi ajak suami masuk haha.

Kitorang tak bawa baju lebih, sebab ingat basah manja2 je, sekali hamek kau, takde satu inci kat badan aku tak basah. Terpaksa la balik rumah dalam keadaan basah haha.

Sebelum masuk.
Girls thank you for this trip.
You guys are adorable and awesome!
This moment will be missed!
I love you all to infinity ;)
Ya Allah, terima kasih hadirkan kawan2 yang seperangai dengan aku.
Yang suka kan cabaran, yang gila2, yang sentiasa ada tak kira kat mana and dalam situasi apa pun.
Buktinya, kami sama2 merentasi gua hehe.
Hope to experience activity like this more and more.

Girls jom;
water rafting 
flying fox
atv
;)

*badan aku sakit2. Kaki tangan sumpah sakit. Haha dasar lembik

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance