Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 11 April 2013

Gastrik

Semalam perut bagi hadiah terbaik kepada aku. Sebenarnya aku tak selesa perut dari 2 3 hari lepas, tapi semalam terbaek punya dia punya 'kick'. Aku tak boleh diri, badan gigil tahan sakit. Ayah and mak da risau, nak bawa aku pergi hospital, tapi aku taknak, then mak bancuh susu and bagi panadol 2 bijik. Alhamdulillah, boleh tidur.

Pagi tadi da kurang sakit, just tak selesa perut, tapi parents paksa pergi klinik, nak cek rahim bagai. Dorang risau aku sakit bahagian peranakan, sebab semalam terlampau sakit sampai aku tak tahu mana bahagian yang sakit. Tapi aku yakin yang sakit memang perut. Tapi nak legakan hati dorang pergi la jugak.

First time aku scan tadi, macam nak cek baby pulak, nasib baik takde baby secara tiba2 haha. Doctor tu bubuh gel dekat scanner tu and perut aku. Geli woiiiiiiiiiiii! Kaki aku da terangakat-angkat sebab geli, nasib baik tak kena tendang je doctor tu. Aku kalau geli memang kaki yang naik dulu haha

Rahim okay, ovaries okay, hempedu okay, kidneys okay. Alhamdulillah boleh mengandung. Eh? Hahaha. Dia tunjuk kat aku mana rahim, mana ovari dekat screen, haram aku tak faham. Aku nampak hitam putih je. Kalau dia cakap ada baby pun aku percaya je la hahaha.

So memang aku gastrik. Gastrik jenis apa dia tak boleh bagitau, tu kene skop (masuk camera tak salah aku). Gastrik ada banyak level and banyak jenis. Ada luka, ada kuman, ada jangkitan pada usus. So dia bagi ubat dulu, kalau sakit jugak, pergilah serahkan diri untuk skop (which I'll never do huu)

Dia suruh jaga makan. Jangan minum susu sebab bila dalam perut susu jadi masam (aku baru tau). Soya and horlicks okay. Jangan makan nenas sebab tajam, jangan makan buah yang masam macam anggur (baru tadi aku curi makan sikit haha) Jangan makan pedas. Jangan makan kekacang. Makan ikut waktu. Minum air banyak. Banyaknya jangan dia -_-. Yang lain aku boleh pantang, bab pedas tu alahai susah gila kot. Bukan aku tak try, da try tak makan pedas, rasa nak muntah tak makan pedas huu.

Semalam sebelum sakit gila tu, aku makan laksa, makan kek white choc macadamia, makan ayam KFC kpop (korean ape ntah). Dua pedas, satu kekacang. Ha padan la muka kau bila malam berpoloh tahan sakit.

Bila aku nak keluar dari bilik doctor tu dia cakap 'badan awak da cantik macam ni, mantain, jangan gemuk'. Apehal doctor ni tibahhh je? Penyesalan terhadap diri sendiri ke apa? Eh? Hahaha. Baiklah Doctor Mariamah Nair. Dulu aku ingat dia Islam sebab ada Mariam, tak tahu pulak aku Nair tu untuk Indians haha.

Aku memang tengah mantainkan badan sekarang ni, sebab kalau ikut nafsu cerakah, nescaya badan aku rope mammoth nanti -_-''

Malas la nak makan ubat. Ubat dia rasa ubat jujubes merah diblender. Pffft. Ubat allergic hidung pun aku lupa makan da dekat 2 minggu kah kah kah. Mak cakap kalau ubat allergic hidung tu habis pergi mintak kat farmasi, tapi jangan haraplah aku nak pergi mintak huuu. Mintak2 bakal suami aku bukan pharmacist haha

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance