Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 19 April 2013

Bateri handphone kembung

Semalam tengah aku main2 handphone, tiba2 handphone aku mati. Terkejut titeee, nak kata bateri nazak tak la nazak mana, tercungap-cungap je sikit. Aku ingat dia nak manja2 ke apa, aku nak on balik tak boleh. Ah sudah, merajuk betul ni. Aku pun bukak la casing, nak cek bateri, lepas je bukak casing, penutup bateri  and bateri meloncat keluar dengan sendirinya. Aku sangat terkejut dan kagum dengan aksi akrobatik bateri aku haha.

Bateri adalah jantung kepada handphone, tanpa bateri, tak bergunalah handphone. So aku terus tidur, set alarm dekat jam sebab handphone mampus. Pagi tadi terbangun 7 lebih sebab alarm jam tangan menipu tak bunyi. Ke aku yang tak reti set? Biasalah selama ni pandang sepi je alarm jam tangan hehe

Tadi ada talk, habis je talk aku merempit ke Changlun sorang2 cari bateri. Melayang RM65 aku T_____T Kalau aku kaya aku beli handphone baru terus tadi huehuehue. Eh tak2, mana ada niat nak beli handphone baru, kita sayang kat awak la *cakap dengan handphone sambil usap2 screen.

Sebab bateri kembung either tak cukup charge da tarik, or terlebih charge, or main handphone tengah charge. Main handphone tengah charge adalah selalu aku buat. Bosann la menunggu dia penuh, tapi lepas ni aku nak jaga bateri baik2, mana mampu asyik nak beli bateri baru je, walaupun bateri lama aku bertahan setahun lebih.

Tak cukup charge pun selalu. Biasalah wanita muda berwawasan macam aku ni busy memandang haha bajetttt. Belum habis charge da kene keluar ke kelas la, kawan ajak makan la. Aku jarang tinggal handphone, sebab takut family cari, ha anak solehah gituuu.

Terlebih charge aku jarang. Kalau charge time2 nak tidur, aku siap set alarm untuk tutup suis. Tapi kadang2 dasar tidur mampus, Subuh baru sedar. Dan rasa bersalah dekat handphone sebab over charge dia.

Begitulah riwayat sebiji bateri handphone. Harap bateri baru ni bertahan sampai aku ada duit nak tukar handphone baru *whisper* hahaha.

Kawan2 pergi Hatyai. Parents aku tak bagi join. Aku sedihhhh T____T. Pergi 2 hari, kalau pergi sehari aku gigih lagi redah tak mintak permission huu. Ni pergi 2 hari, dengan takde line nya, kalau mak call aku tak dapat, mahu dorang datang UUM nanti. Semalam callled mak, mak pujuk nanti pergi dengan dia. Huk huk huk baiklah.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance