Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 10 April 2013

23 years and counting...tik tok tik tok

23 tahun lepas waktu ni, aku masih tolak2 kepala aku untuk keluar dari rahim mak (memandai). Aku lahir tengah hari buta, orang tua kata tu petanda budak degil. Hak hak hak mana ada gua degil, I'm the most obedient person. 

Aku paling susah dilahirkan (mak cakap), mak tahan sakit hampir sehari nak keluarkan aku. Nasib baik aku ringan sebab tak cukup bulan, so maybe tak susah nak teran haha (lagi sekali memandai). Mak cakap aku ni lahir susah, da lahir pun menyusahkan hahahaha lek lu mak. Yela, aku time kecik kuat nangis kot. Aku berhenti nangis time tidur je. Aku taknak langsung kat ayah. Walaupun ayah buai buaian aku tak tunjuk muka dia kat aku, aku tetap tahu tu bukan tangan mak. Padahal time tu aku setahun pun belum. Oh aku memang gedik, sekarang da cool haha. Sebab tu sekarang aku jarang nangis, air mata da habis guna sobssss.

Aku lambat sikit jalan, tapi cakap cepat. Belum setahun aku da boleh cakap yang orang faham, bukan cakap bahasa German baby da da da daaaa. Time nak berhentikan aku susu badan (dalam umur 2 tahun), paling susah jugak. Mak bubuh macam2 nak bagi aku berhenti. Letak halia, minyak panas, relax je aku minum, sampai sekarang kot aku kuat pedas. Mak letak patawali ke apa ntah, mak cakap benda tu pahit gila. Bila aku menyusu, mak tengok aku relax je, macam takde pape berlaku. Mak tanya aku 'tak pahit ke?'. Dengan slumber aku jawab 'pahit sikit pun takpe'. Sampai sekarang kalau mak cerita kat orang, semua kata dari kecik aku memang keras kepala huehuehue. Pastu mak letak pewarna sirap. Ha yang tu aku surrender, aku tak suka darah. Dari kecik terbukti aku tak boleh jadi doktor. And mak selalu bandingkan aku dengan Nadzirah, dengan Nadzirah mak letak plaster je, terus dia taknak da menyusu haha.

Tu la cerita serba sikit dari kecik. Degil sampai sekarang ada, nangis paling jarang sebab keras hati ada lagi haha.

Post sebelum ni aku schedule-kan, sebab tu kuar tepat jam 12.00pagi ha kemain punctual haha. Ada la jugak aku buat beberapa entry untuk masa depan, so kalau aku meninggal, jangan terkejut tiba2 dapat update dari aku, janganglah ingat saka aku pulak yang update haha.

Semalam orang first yang wish aku adalah Hazril Azam, siap called. Auwwww so sweet sedare yang sorang tu, kalah boyfriend sweet dia. Tak sangka aku, wish pun panjang kemain. Aku da nak tidur time dia called tu sebab gastrik. Tq Azam, appreciates it! :) 

Mak kata nak belanja kek Secret Recipe hari ni hewhewhew. Oh kat Kuala Kangsar da ada SR youollsss! Maju setapak. But KK, please dont be too advanve, coz what I love about u, is the peace :)

Thank you mak susah2 lahirkan Nadia, susah2 jaga Nadia, susah2 bersabar dengan Nadia, membesarkan Nadia dengan baik. And yet you never complain even a bit. Through ups and downs, no matter what, I know we always love each others. And maybe I can't beat you on how much your love to me. Mmuahhhh!

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance