Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 5 March 2013

Yesterday was a tough day

Semalam lepas pergi klinik and dapat tahu ada ketumbuhan dalam hidung tu, aku pun nak balik ke Sintok. Balik Sintok tak pernah menggembirakan hati aku. Selepas grad nanti, aku harap aku tak perlu datang sini da hehe.

Naik bus pukul 11.45. Tapi pukul 1.30 ada kat Ipoh lagi. Zzzzzz. Aku naik bus mesti tidur, sedar2 mesti da kat Penang. Lepas tol Juru tiba2 dengar bunyi meletup. Aku ingat kereta sebelah campak mercun dekat bus aku, rupanya tayar pecah. Dekat pukul 4 lebih baru settle semua.

Sampai Changlun 6.30pm. Bayangkan dekat 7 jam atas bus pfffttt. Baik aku pergi Johor, boleh jugak pergi Legoland.

Lepas tu pergi makan dengan Maria, sampai bilik 7.30pm. Sampai2 je bilik aku tengok tempat roomate aku kosong macam tak berpenghuni. Aku agak dia tukar bilik. Sekali atas meja aku ada note, bagitau dia pindah bilik. T_____T Maka tinggallah aku berseorangan. Kenapa dia pindah jangan tanya aku. Sumpah aku tak buli dia haha. Maybe sebab dekat blok lama dia, dia da ramai kawan. Duduk bilik ni tak meriah. Yela, aku baru2 kenal mana reti nak ramah2, cakap benda yang patut je huhu.

Aku pernah duduk sorang dulu, bosan dia tahap rasa nak kikis cat dinding bilik guna gigi. Sekarang aku rasa benda yang sama T___T Nak pindah cari bilik yang ada roomate tak kot, sebab aku adalah malas nak kemas barang nak angkut nak unpack balik. Tak koserrrrr.

Kawan2 yang budiman sila jangan langsi sangat tweet2 aku cakap jangan tengok bawah katil la apa. Nescaya dekat kelas esoknya aku tarik tengkuk korang dengan pemegang payung! (amaran) haha

Alah berapa bulan je lagi pun. Mid Jun inshaAllah berambuslah aku dari sini. Practice cakap dengan kipas ye Nadia? Cakap dengan kipas boleh menghasilkan suara robot. Wow!

TWMA - Till we meet again :)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance