Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 10 March 2013

Sketsa keluarga #1

Di kala senja

Ayah sedang berbaring atas katil, membelek handphone. Main game agaknya.

Emak keluar dari bilik air, selesai mandi.

Emak membentang sejadah.

Emak menyarung telekung.

Emak: Abang da masuk maghrib ke?

Ayah: Da (yakin menjawab tanpa memandang emak mahupun jam, masih tekun dengan game di tangan)

Mak memulakan solat. Takbiratul ihram, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud, tahiyat awal, tahiyat akhir.

Mak memberi salam pertama dengan kusyuk.

Allahu Akbar, Allahu Akbarrrrrr, Asyhadu....

Abang! Baru masuklah Maghrib.

Ayah hanya ketawa, begitu juga aku yang mendengar dari luar bilik.

2 comments:

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance