Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 26 March 2013

Persediaan kahwin bukan diukur melalui umur.

Sekarang da kembali macam zaman dulu, ramai orang kahwin muda. Macam2 pandangan orang tentang kahwin muda ni. Nak bagi anak orang makan apa la? Reti ke nak berumah tangga umur muda2? Weh mak aku kahwin umur 22 okay, perfect dia uruskan rumah tangga. Bila aku mintak kahwin muda, dia cakap 

Dulu aku darjah 5 da masak untuk keluarga, boleh la kahwin muda. Kamu ni kalau kahwin sekarang, suami yang masakkan untuk kamu

 T____T Perlahan-lahan aku masuk ke bilik tanda protes. Hahahha

Baru2 ni I had a conversation with  few persons. Ada yang baru kahwin, ada yang da beranak pinak, ada yang da berpisah. Masing2 tak setuju dengan perkahwinan awal. Suruh enjoy life kata mereka. Lepas kahwin tak boleh enjoy ke? Boleh! Lagi best, enjoy dengan orang yang halal dengan kita. Kalau enjoy tu definisinya bagi kau keluar malam, terkinja-kinja, memang elok lah masuk sekolah agama balik haha.

Kalau boleh patah balik, aku taknak kahwin awal, kata si lelaki.

Betul, tambah2 bila ada anak, lagi tambah stress dia, sampuk si perempuan.

Haah. Sekarang aku da single balik, rasa la lega sikit, kata perempuan yang lain.

Aku tak setuju dengan kata2 tersebut. Itu nama dia kau tak bersedia mental, fizikal, rohani sebelum berkahwin. Kau fikir nak seronok je. Da dapat apa kau nak, maka kau rasa yang lebihnya beban. Marriage is not one night stand, it is a whole life commitment. Time seronok kau bersyukur, time datang ujian kau merungut. Macam mana nak ukur iman kalau tak diberi ujian?

Aku takde halangan kepada yang nak kahwin muda. Kahwin la kalau cukup ilmu di dada. Ilmu agama, ilmu dunia, ilmu hidup, ilmu perkahwinan, ilmu untuk cari rezeki, ilmu untuk didik anak2. 

Hidup siapa yang takde masalah? Jadi baby masalah tak tahu macam mana nak cakap dekat mak nak tidur, tapi mak tak habis2 sumbat susu. Da besar sikit ada masalah rebut barang mainan dengan adik beradik yang lain. Masuk sekolah masalah pelajaran, masalah cinta monyet. Da kerja masalah dengan boss pulak. Celah mana dalam hidup ni yang takde masalah? 

Jangan fikir perkahwinan ni menambahkan masalah. Apa kau lupa pada kebahagiaan yang kau dapat? Kahwin best apa, at least boleh kongsi masalah dengan seseorang.

Lagi satu pasal persediaan. Jangan kau pandang orang muda tak bersedia, orang yang lebih tua bersedia. 

Ali. Umur 19. Hari2 bangun pukul 3 pagi, solat sunat, belajar. Hari Isnin Khamis tak pernah miss puasa sunat. Maghrib Isya' muka dia je la dekat masjid. Dengar ceramah, baca buku agama.

Ahmad. Umur 27. Sembahyang kadang2 on kadang2 off. Huha huha lagi dekat mamak sampai Subuh. Aurat yang senang pun culas.

Agak2 kau siapa yang lagi layak kahwin? Ali ke Ahmad?

Agama cukup, inshaAllah Allah pandu kau ke mana pun kau nak tuju. 

Dont be narrow minded. Jangan ingat kau da tua, kau makan lebih banyak garam. Terlebih makan garam boleh bawa penyakit jugak pakcik oi. 

Tak, aku buat entry ni bukan sebab aku nak kahwin sekarang. Aku ni calon pun takde lagi haha. Aku just bagi pendapat. Tak salah kahwin muda kalau cukup ilmu di dada. 

Ekonomi pun penting, aku tak nafikan. Bab ni susah aku nak sampaikan kat sini. Hehe

Aku ni takdelah kategori muda mana, sebab makcik2 aku da kecah suruh cari boyfriend. Amboi mereka, ingat cari boyfriend macam cari ikan di pasar ke? Cari ikan di pasar pun aku fail lagi oi! haha. Sabar la makcik2 hamba, hamba tahu korang tak sabar nak jadi nenek kan? haha. Lepas bulan 6 ni akan hamba fikirkan hal masa depan rumah tangga hamba, janganlah kalian risau haha. 

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance