Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 25 March 2013

Pangkor Inn Chalet, Teluk Nipah.

Khamis lepas aku, Ros dengan Faz pergi Pangkor. Yang lain tak dapat join sebab ada komitmen dengan pelajaran. Ros da habis belajar, Faz balik sekejap dari India. Aku? Aku buat cuti sendiri demi girlfriends tercintaaa *korang, sila terharu* haha.

Janji nak pergi pukul 8 pagi, tapi gerak dari Kuala Kangsar 12 tengah hari pffft haha. Biasalah baru Melayu, ye dak? -_-. Aku pukul 8 da siap mandi semua, lepas pakai baju sempat tidur zzzzz. haha

Sampai Lumut ada kakak approach suruh sewa chalet dia, dia bagi RM80 semalam. Sampai sana dalam pukul 3 lebih camtu. Rehat2 then pergi jalan2 tepi pantai. MashaAllah cuaca terik gila. Nak bergambar pun kena tunggu sunset. Gitewwww.

Orang tak ramai sangat, biasalah weekdays. Yang luar biasa adalah satu je kedai makan bukak. Mahal nak mam pulak tu. Terpaksalah makan walaupun kalau diikutkan aku masak lagi sedap. Wahhhhahahaha. Tak kan nak pergi jala ikan kat laut pulak kennn.

Pagi Jumaat pergi snorkeling dekat Pulau Giam. Pergi pukul 8pagi, pukul 10 aku da naik sebab da start panas aku pun da start sakit kepala. Anje angat pale tite tak boyeh kene panash kepala hotak la kau Nadia hahahah. Aku dengan Faz je banyak snorkeling, Ros kena buli ambilkan gambar, dia nampak redha, maka kami suruh banyak kali haha.

Then siap2 balik lah. Balik sempat singgah JJ Manjung, pusing2. Perempuan2 haha. Walaupun percutian pendek, tapi best gilaaa wooo. Da lama tak spend time dengan kawan2 sekolah menengah. Teringat zaman asrama hehe.Thank you Faz and Ros sebab luang masa sama2, gelak sama2, jerit sama2 haha

Pangkor Inn Chalet aku bagi 3 bintang. Bilik kecik, bilik air kecik, banyak la kemudahan takde. And yang paling annoying bila kita dengar semua benda orang bilik sebelah buat. So kepada yang pergi honeymoon tu eloklah sewa hotel berdinding batu.

Dulu aku stayed dekat Purnama Beach Resort, more better kot hehe.

Bilik sebelah kitorang pasangan suami isteri. Boleh tak dorang pasang lagu sampai pukul berapa pagi entah, menari ke apa aku tak tau. Ringan je aku nak bangun ketuk bilik dia. Yang paling tak boleh blah, dorang gaduh2 manja pun aku terpaksa dengar zzzzz. Sabar je lah telinga dan hati saya.

Gambar berterabur, malas nak susun haaha

mana 1 aku? hehe

Subhanallah
cantiknya ciptaan Allah ;p

tak sia2 tunggu sunset nak bergambar

nampak tak burung? relax je datang mintak makanan. Ni burung enggang ke kenyalang entah, yang penting bukan burung merpati, apatah lagi burung pipit. Enggang dan pipit masakan boleh terbang bersama, dimasak bersama mungkin boleh 


otw balik ke Lumut

Ros, Faz, aku. Otw pergi. Dalam ferry. Fazlina baru tau pergi Pangkor kene naik ferry. Aku tumpang sedih bagi pihak dia haha. 

melawan teriknya matahari



i miss them already :(


tak boleh pergi jauh 2 orang ni haha

Fazlina mula2 nampak benda ni jerit2 dia sebab geli haha. Memang menggelikan pun. Apa ntah nama dia. Tapi macam siput yang terlekat, mati time air surut sebab tak cukup air. Mati berpelukan gitu haha sukahati kau je. Tajam pulak tu benda ni.

dan hasilnya kaki Ros berdarah hihi. Eh gelak pulak.

Da la, nak tidur. Good night people!

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance