Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 24 March 2013

Makan Malam di Danok #Rahsia

Rahsia la sebab family aku sorang pun tak tau aku pergi Danok curi2. Curi2 bukan tanpa pengetahuan keluarga je, malah tanpa passport haha. Tapi sekarang mak da tahu haha. Dengan mak I tak boleh berahsia, tapi dengan ayah masih rahsia kot sebab ayah bab2 ni hardcore sikit. Mak more lenient hehe. Aku pergi hari Jumaat (15 March 2013).

Pergi dengan Maria, Cha, Baby, Ika and Afzal. Ika sorang je ada passport. Kitorang semua gamble. Da sampai imigresen cakap nak pergi The Zone Bukit Kayu Hitam, tapi pegawai tu cakap The Zone da tutup and suruh kitorang patah balik, tapi kitorangg tak u-turn pun, terus je masuk Thai kah kah kah.

Mula2 pergi makan. Thai pulak, marvellous la makanan2 dia. Order tomyam 2 orang makan, daging salai 2 orang makan, telur 2, sayur, bihun tomyam, nasi 5 and air2, baru RM60. Berbaloi-baloi la dengan rasa dia *telan air liur bila teringat*. Daging salai terbaikkkkk!

Then pergi tengok baju2, gaya macam uptown kita kat sini. Tapi baju2 dia MashaAllah keciknya, memang stok2 baju GRO haha. Ada la baju yang besar tapi semua jenis kena pakai inner sebab jarang. Murah tak payah cakap la kan. Ni baru dekat Danok, belum kat Hatyai lagi.

Kat tempat tu betul2 ada disko sebelah dia. Tengah kitorang tengok2 baju, tiba2 ada fireworks. Kitorang tercengang la, raya apa pulak ni? Tanya la tuan kedai, dia cakap memang hari2 disko tu buat fireworks. Kagum kitorang, lupa pulak Thai pembekal mercun2, mestilah murah kan, bukan macam kita ada event baru pasang. Haha

Then pergi satu kedai macam kedai runcit. Subhanallah murah gila barang2 dia especially toiletries sebab benda2 tu je aku familiar dengan harga2 dia. Korang bayangkan sekarang bedak Johnson yang paling besar gemuk gedempol tu. Kat sini berbelas kan harga dia? Kat sana, 2 botol besar RM9 je uolllss. Berpinar-pinar mata aku tengok harga dia. Tapi sebab toiletries banyak lagi, malas beli. Nanti nak kita datang lagi curi2 kiki. Listerine size sederhana melekat sekali dengan size kecik baru RM7. Ubat gigi Colgate besar lengan baby tu baru RM4. Deodrant Nivea yang kecik baru RM4. Bezanya dengan kita. 

Ha dekat 7E, coklat sneakers RM1.80 je ye adik2, kalau 7E kita, seganda dari harga tu rasanya. Kitorang semua impress dengan harga2 dia, biasalah jakun 1st time masuk kah kah kah.

On the way balik kitorang singgah beli pulut ayam yang semua orang cakap sedap gila. Walaupun da kenyang, beli jugak nak rasa. Memang betul weh, pulut ayam dia marvelous gilaaaaaa. Waaa, bila nak dapat lagi. Off course la ayam dia yang sedap. Pulut dia biasa je la, tapi dia bagi bawang goreng. Aaaaa laparnya teringat ayam dia. Siapa pergi sana tak makan pulut ayam dia baik duduk je Malaysia diam2 haha.

Lepas ni nak plan pergi Hatyai pulak. Yang ni aku try mintak permission parents sebelum pergi. InshaAllah dorang bagi hihi. Nak buat boarder pass. Kalau nak tidur sana macam takut pulak nak redah masuk, kena tembak naya je haha.

Nak cari makan kat sana kena hati2, takut tak halal. Kitorang Baby and Ika da tau tempat. Mc'D sana jangan masuk, tak halal.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance