Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 19 March 2013

Lelaki dan perempuan, siapa lagi cepat move on?

Yang ini aku specific kan dalam bab bercinta. Selama ni, dari apa yang aku tengok, aku rasa perempuan lambat move on. Ada yang ambil masa bertahun. Yang bertahun ni kesian aku tengok, macam lifeless. Padahal laki tu da ada perempuan lain pun, dia still setia menunggu. Nak kata bodoh, tak tau la sebab takut nanti aku pun macam tu haha. Pengalaman aku sendiri, Alhamdulillah, Allah permudahkan, aku tak ambil masa bertahun, 2 bulan pun tak sampai haha.

Aku ada sorang kawan laki, let name him as F. F cerita dekat aku macam mana dia boleh clash dengan ex dia. Da dia habis cerita, aku tanya dia soalan cepumas 'Laki senang move on tak?'

Dan ini dia reply
'Ni bukan pasal laki ke perempuan. Ni pasal sapa yang kene betrayed. Macam aku, aku down gila kot. Aku tak suka KL, tapi aku kerja sana sebab nak cari duit untuk masa depan kitorang. Lepas clash terus aku berhenti and Alhamdulillah, aku dapat kerja dekat kampung aku. Tapi nak cerita kecewa dia, tak payah la, aku yang nangis weh haha. Mungkin salah aku jugak kuat sangat kerja sampai takde masa untuk dia, and laki lain ambil kesempatan' *dialog edit sikit untuk sorokkan identiti haha*

Aku diam bila dia habis cakap. Terus aku rasa perempuan tu rugi lepas dia haha. Tapi kita tak tahu kan apa perempuan tu rasa pulak. Biasalah la perempuan, nak perhatian lebih :P. Boyfriend sibuk katanya boyfriend ada simpan perempuan lain *which sometimes might be true haha*

Betul jugak kan? Laki pun ada perasaan. Just kita nampak dia relax sebab dia pandai sorok, dalam hati berkecai siapa tahu, ye dak? Mungkin ego dorang yang buat dorang tak tunjuk betapa hancurnya kena tinggal perempuan yang dorang sayang.

Kawan aku ni nakal orangnya, suka usik orang, tengok muka macam player sikit. Haha. Tapi deep down, aku tahu dia ni bukan laki yang main2 dengan perempuan.

Aku tanya dia lagi 'Kalau satu hari nanti perempuan tu datang balik dekat kau, kau terima tak?'

Dia jawab 'Entah. Tak berani nak kata. Ni soal jodoh kan. Dia pusing kat mana pun kita tak tahu'

Sekali lagi aku kagum dengan jawapan dia. Tak sangka aku budak nakal jawab gitu haha. Dont judge people by their look.

Then dia tanya pasal aku pulak. Da dia jawab part dia, maka aku kena lah jawab part aku *menyosal den tanya* haha

Aku cakap, perempuan ni makhluk yang beremosi. Kalau laki sendiri susah nak move on, perempuan seganda kot. Bak kata Harith Iskandar, perempuan akan rekod semua benda dalam kepala walaupun dorang tak niat nak rekod. Bila 1st date, setiap date dia ingat actuallly, 1st date pakai baju apa, tarikh birthday, tarikh couple, waktu couple pun ingat siap dengan saat *tipu*. Kalau laki dorang tak ambil pusing benda2 remeh macam ni. So memories ni la yang buat perempuan lagi susah nak move on, pendapat aku je ni.

Tapi aku tak tahu aku laki ke perempuan haha. Ramai kawan aku cakap aku hati macam laki. Alhamdulillah aku tak ambil masa yang lama nak move on. Aku pernah lupa tarikh couple aku which kawan aku yang ingatkan haha. 

Dulu waktu aku couple, laki tu yang banyak ingatkan aku. Bila dia tanya, 'eh awak ingat time tu yang kita jumpa dekat bla bla bla tu. Kalau benda tu da lama jadi, mesti aku jawab 'yang mana eh?'. Dan dia akan cakap 'Ha lupa la tu'. Maka aku hanya gelak dan berkata 'bukan lupa, tak ingat' hahahha. Kadang2 aku rasa bersalah jugak *time tu*, tapi aku tak suka nak ingat benda2 yang tak penting bagi aku haha. Ni salah satu sebab kawan2 aku yakin aku dapat laki hati macam perempuan. T___T Nasiblah siapa suami aku haha

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance