Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 31 March 2013

Law's Annual Dinner 2013 at Cinta Sayang Resort, Sungai Petani

Tema: Night in Paris. Aku pakai kebaya. Nampak tak apa yang cuba aku sampaikan? Yee benar, takkan Melayu hilang di dunia. Gituuuu. Haha. Padahal malas nak membazir beli baju yang hanya pakai sekali seumur hidup. Kebaya boleh di-reuse pakai raya nanti, siapa2 punya kenduri, bila masuk pertandingan Ratu Kebaya, kalau bajet takde sangat boleh jugak dipakai ketika bertunang yang entah bila haha.

Kebaya ni nenek belikan time pergi Bandung, kain mak beli dekat Sabah, upah jahit kebaya less than RM100 - mak bayar, tudung pelangi RM10, kasut reused raya punya, clutch cilok auntie punya. What a happy girl I am! Girl? You  are now a lady Nadia, lady. Lady Gaga, Lady of Perak. Ok merepek.

That was our last dinner (29 March 2013) Unforgettable moment :') We had an awesone night spent together. Walaupun ball room dia panas pffft, tapi we really enjoyed ourselves there. Makanan dia sedap. Letak ayam habis, letak samosa habis, letak sup habis, letak udang habis, letak sayur dipandang sepi, letak ikan tiba2 ekor hilang Faizal curi haha. Theme makanan; Chinese Food. Satu meja dengan Faizal, Mirul, Kimi and Arni sekali.

Persembahan nyanyian okayy, persembahan teater mengarut sikit. Ada makanan kat depan mata, siapa je nak tengok teater? Haha

disebabkan aku malas tahap Nauzubillah sekarang, 1 je la gambar. Malas nak transfer -_-''

Kitorang tidur dekat resort tu. Kata resort 4 bintang, tapi service macam tahi bintang. Pffft. Dengan aircond rosak, 2x called baru dapat tukar bilik. Dengan kedekut tuala, kata bilik penuh padahal aku tengok kereta Maria je park dekat situ. Orang lain datang sana terbang apa? Dengan swimming pool tak boleh mandi pakai tudung zzzzz. Ball room pun panas gilaaa, bukan salah bureau, tapi mungkin resort ni memang nak dikenali sebagai resort-aircond-tak-boleh-pakai.

Kalau korang pergi Sungai Petani, tak payah la datang resort ni, baik pergi Aman Jaya Mall minum Chatime hahaha 

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance