Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 3 March 2013

Langkah bendul

Dalam masyarakat Melayu, langkah bendul tu macam adik kahwin dulu dari kakak. Tapi aku tak sure kakak je ke yang tak boleh dilangkah bendul, ke abang pun tak boleh? Tapi yang aku selalu dengar kakak je. Kalau adik kahwin dulu dari kakak, bakal suami adik kena bagi kakak hadiah. Entah mana dorang cilok adat ni. Kalau da jodoh adik dulu, siapa kita nak halang?

Mungkin adat ni nak menyedapakan hati si kakak yang tak kahwin2 lagi. Takpe kakak, percaya pada Allah, usaha dan doa, dan doakan adik jugak. Hehe

Tapi kalau Nadzirah kahwin dulu dari aku, aku nak Ford Fiesta sebijik dari laki dia bahahhaha. 

Semalam aku pergi Puncak Alam hantar Nadzirah balik hutan dia. Tempat dia sama je dengan aku hutannya haha.

Malam tu aku sekeluarga tidur rumah Pakced, Shuren pun ada sekali. Shuren cousin laki aku yang sebaya aku, tapi dia lahir bulan 8. Tengah aku betul2 tudung nak keluar makan, dia datang, maka timbullah perbualan ni;
Shuren: Beron, hari tu aku message Wankak (mak dia), tanya boleh tak aku bertunang tahun depan.
Aku: Hahaha. Da tu Wankak jawab apa?
Shuren: Haha. Wankak jawab, entahla Ren, mak tak tahu, tunggulah Wani dengan Faiz lepas dulu (Wani dengan Faiz cousins kitorang yang lain)
Aku: Hahaha. Woi tunggu aku jugak, kamu tak boleh kahwin selagi aku tak kahwin, mana boleh langkah bendul.
Shuren: Hahaha
Kak Rina, Wani, Faiz, Aku, Shuren yang da besar tapi tak kahwin lagi. Tapi dorang semua da kerja, aku je belum habis belajar lagi. Wani and Faiz memang da ada calon, Kak Rina aku tak tahu. Shuren sah2 da ada, kalau tak, takde dia mintak kahwin haha.

Macam kelakar pulak bila fikir masing2 da masuk alam dewasa. Bila tengok gambar kitorang comot time kecik, rasa macam takkan kahwin sebab takde siapa nak haha. Eh Nadia bukan kau sampai sekarang takde siapa nak ke? T____T haha

Yang penting Shuren kalau nak tunggu aku, mesti janggut dia da sampai dada baru dia kahwin kiki. Tapi kalau dia kahwin dulu, aku nak mintak hadiah dari dia, bukan dari bini dia huahuahua.

Nasihat untuk Shuren: Eloklah cepatkan kalau rasa mampu. Lagipun kamu da kerja. And kamu da lama sangat dengan perempuan tu, dari sekolah kan. Setia jugak kamu ni yek, muka macam gigolo hahaha. Aku doakan yang terbaik, untuk semua kesayangan2 aku, termasuk diri aku ;)


2 comments:

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance