Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 5 March 2013

Ketumbuhan dalam hidung

Masa dalam perjalanan balik nak hantar adik aku pergi Puncak Alam hari tu, macam mana entah Nadzirah boleh bukak cerita pasal hidung. Mana boleh Nadzirah je cerita, aku pun nak bercerita. Niat aku hanya nak berkongsi cerita. 

Aku bagitau la mak ayah yang hidung aku belah kanan rasa tersumbat, aku susah nak bernafas time nak tidur, kene pakai bantal tinggi. Kalau selsema lagi la nauzubillah seksa dia. Dua2 hidung tersumbat, kena nafas ikut mulut. Nafas ikut mulut adalah tak best dan boleh membawa kepada gejala sakit dada (semput). Tapi yang aku pelik, kalau time selsema, mesti hidung kanan aku tak keluarkan apa2 jenis lendiran, macam ada kuasa yang menghalangnya dari keluar. Kalau dipaksa jugak, yang keluar cecair seperti air liur likat. Huahuahua sorry kalau entry ini menggelikan haha.

Ayah adalah ayah, sakit sikit memang kami kena hambat ke klinik or hospital. Da sejuta kali aku cakap aku tak suka ke klinik or hospital, agak2 nak nazak baru aku volunteer kan diri ke hospital. Ayah suruh pergi klinik, tapi aku bagi alasan, aku nak pergi cuti mid sem bulan 4 nanti.

Tapi malang tidak berbau, ayah tak endahkan alasan ku, sebab dia tahu, tu semua alasan mengelat hihi. Pagi tadi pukul 8 mak kejut bangun tidur. Aku bangun dengan perasaan separuh tak suka nak pergi klinik, separuh tak suka nak balik Sintok, memang tak tenang jiwa aku pagi tadi.

Kitorang pergi specialist ENT, Dr. George Thava, dekat Ipoh. Dulu aku ingat ENT stand for Ear Nose Tongue, rupanya T tu Throat haha sengal. Doctor tu friendly gila, masa masuk dia greet macam nak pancing budak baru masuk tadika. Aku pun cerita problem aku.

Then dia suruh duduk dekat satu kerusi, dia duduk depan aku. Dia pakai torchlight atas kepala, da rupa nak masuk gua aku tengok. Eh betul la dia nak masuk gua, gua hidung haha. Dia sembur 2 jenis ubat bius dalam hidung aku, lepas tu dia sumbat kain kecik, lepas tu dia suruh tunggu 5 minit.

Lepas 5 minit dia panggil duduk balik depan dia. Dia pakai balik torchlight dia, dia keluarkan kain yang dia sumbat tadi. Tiba2 nurse dia bagi satu alatan yang buat aku tercengang. Woi apebenda tu? Rupanya tu camera yang nak masuk dalam hidung aku! Korang pernah tengok Transformers? Yang ada robot jahat yang ada macam kaki2 besi banyak2 kat badan dia, yang dia masukkan kaki2 dia dalam hidung Cina yang mati jatuh bangunan tu. (amboi panjangnya explanation, berusaha sangat) Ha macam tu la aku rasa bila camera tu start masuk hidung aku.

Walaupun da dibius, pedih oi! Rasa ngilu pun ada. Rasa la camera tu berpusing-pusing dalam hidung aku -_-''. Tengah2 dia cek hidung kanan, doctor tu cakap 'Ada ketumbuhan'. Aku terus dalam hati; Ha? Ketumbuhan apa pulak da? Tapi aku cool je, just kaki je tap tap tap haha. Makin aku nervous makin laju aku tap kaki (hypothesis) 

Then dia suruh duduk. Lepas tu dia lukis gambar hidung. Hahaha sumpah tak macam hidung, macam computer je aku tengok. Lepas tu dia tunjuk kat mana ketumbuhan aku tu. Dua2 hidung ada, tapi kiri kecik lagi. Then dia ambil buku tunjuk gambar ketumbuhan tu. Buruk.

Then dia explain bla bla bla. Aku yang sakit, tapi dia explained pandang ayah, bini dia tak bagi tengok perempuan lain kot.  Dia cakap tak bahaya, tapi kalau tak mengecut kena operate. Dia bagi ubat untuk tolong kecutkan, tapi ubat ni ambil masa yang lama nak bagi dia kecut. So aku kena keep makan. Punca; allergic. Allergic pada benda yang aku tak boleh elak. Habuk, asap kenderaan, asap rokok, cuaca panas sangat or sejuk sangat, makanan pun boleh jadi punca. So mari kita redha. 

Salah satu inisiatif yang aku boleh ambil sekarang adalah cari bakal suami yang tak merokok bahahaha.

I hate it when I have commitment with medicines. (half of them zzzzz)



25 comments:

  1. so skrg mcm mana? dah ok tak?

    ReplyDelete
  2. sy pn now da ktumbuhan kt hidung,timbul besar cm jerawat batu,tp dh 7bln,xskt n boleh bnafas cm biasa, harus ke kne jumpa doktor ek..sy mmg resdung teruk..

    ReplyDelete
  3. better u g cek if u x selesa la. sbb ayah i dulu operation sbb sinus. sy bkn sinus.

    ReplyDelete
  4. haa,st0ry ktumbuhan dalam hdung ni aku dh lalui.pergh,time nak b0h cmera tu.mnusuk ,sakit o0h..aku kna 0prite,pas oprate,dktr sumbat kapas dalam hdung aku.2hari bru buang.err,dugaan

    ReplyDelete
  5. setiap sakit tu kifarah dosa. inshaAllah :)

    ReplyDelete
  6. weh.. aku pon same mcm ko la.. ade benda kat dlm hidung aku belah kanan, yg kiri ok je.. weii tolong la aku.. :(

    ReplyDelete
  7. haha kau nk aku tolong apa? pergi la jumpa doktor cek, operate if needed.

    ReplyDelete
  8. aku pun ada ketumbuhan dalam hidung..aku umur 13 tahun..kau rasa apa aku patut buat.....HELP ME :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi buat medical checkup. Dgr ckp doktor

      Delete
  9. aku pon ada pengalaman yg sma mcam ko. n aku penah operate buang. doc geoge la yg buang. now ada balik. n maybe dlam minggu depan aku operate buang balik. tapi doc kat kpj la yg akan buat operation tu ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku x buang2 lagi. Makin x cukup nafas rasanya haha. Nanti nak buang la hehe. All the best with your operation

      Delete
  10. weh nk check kt mne ye? ak area klg,ak pnye hdung bla knan ad ktumbuhan la kiri ade tp kcik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hospital or klinik ENT. nak cepat pergi swasta.

      Delete
  11. Aku skg pn suspek ketumbhan dlm
    Hdung..tp doktor bln sahknn ktmbhn apa dlm hdung.. Msh mnggu result scan hdung😔😔 harap ketumbuhan kecut dan bebas😔😔

    ReplyDelete
  12. sorry mencelah, adakah resdung sama dgn ketumbuhan..kalau buat rawatan resdung utk merawat ketumbuhan dalam hidung ada effect ker tidak yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry I also not sure about that. just dari pengalaman sendiri and dibandingkan dengan adik yg mmg ada resdung, i dont have the simptoms of resdung. and for ketumbuhan like mine; polyps kalau dah besar kena operate but it might come back.

      Delete
  13. I punya case right maxila
    On Monday 3.4.17 start dah rasa tak ok
    Sakit tekak teramat sangat
    Pastu rasa selesema Tapi belah kanan je...kiri rasa elok je
    Tgh Hari ada bleeding belah kanan juga
    Pipi kanan rasa macam kena tumbuk nyut2 je rasa.fresh blood keluar...This is my 1st time ever bleeding from nose.
    G klinik,doktor kata kata panas dalam ambil antibiotics balik
    Then blood continue sikit la
    Wednesday 2nd visit
    Sakit tekak not recovered tukar dose antibiotics Baru rasa lega.Tapi mata kanan still berair..hidung kanan masih berhingus..
    Thursday visit lagi...tell the doctor I'm really not comfort with pipi kanan nape macam denyut2...doctor refer Pakar ENT at Columbia seremban Dr gilbert
    Friday morning terus g then confirm ada Ketumbuhan polyps, mostly operation as per Dr kizwan check, Dr Gilbert tak de
    Masa tu, terus berdegup pantas Jantung
    Buat CT scan lagi...dup dap
    Warded on antibiotics sampai bengkak2 both hands, fever lagi.
    Monday morning 10.4.17 doktor check polyps dah kecut sikit...lagi 1 week nak review, kalau terus kecut no need operation
    Semoga sesapa yg ada pengalaman camni kena la g pakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow ur case sounds scary and serious. Tq for sharing. Mine tak rasa apa2. it just bila selsema tu baru sakit sampai sakit kepala. Oh polyps boleh kecut eh? Doktor cakap susah nak kecut just kita boleh control tumbesaran. Even lepas operate pun it might grow again. Get well soon :)

      Delete
  14. Salam..dah ok ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak operate pun. Tapi okay je haha. Just time selsema je seksa sikit

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance