Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 1 March 2013

Gunalah voucher buku RM250 secara berhemah :)

Ye pembaca2 sekalian, malam ni aku bersiaran dari Perak Darul Best! Aku balik petang semalam, sampai Taiping dalam 8.30 malam, parents ambil. Hihi. Bukan baru balik ke, balik lagi? Banyak hal, banyak barang tertinggal. Tak payah la bagi banyak alasan, cakap je la homesick bahahaha.

Semalam pergi ambil handphone aku yang da sepurnama aku hantar dekat kedai sebab camera rosak. Setelah diperas ugut baru siap (gengster). Itupun aku called banyak kali tak angkat, sms tak reply. Ggrrrrr. Penjual macam ni aku menyampah, time nak jual amboi mulut boleh kene urung semut manisnya, bila handphone problem buat2 jadi penjual belon pulak. Da siap semalam pun, bagi handphone kat aku muka macam mintak sumbat selipar Jepun. Bad service, bad service. Aku malas nak cakap kedai mana, tapi dekat Taiping bahaha. Samsung centre pun buat kerja macam kura2. Sekian. Camera aku da sihat, sila nantikan aku kembali active di instargrm. Ha artis sangat. Hehe

Pagi tadi aku pergi Ipoh dengan Nadzirah, habiskan voucher buku, tak habis RM50 je, sebab nak simpan untuk beli power bank kiki. Seronok weh beli buku guna voucher. Buku yang sebelum ni teragak-agak nak beli sebab tak cukup budget, tadi ambil sambil sengih je. Hah siapa tak suka benda free,kahwin free je taknak haha. Tadi shopping dekat MPH JJ Ipoh, habiskan RM150, then dapat RM5 voucher lagi, tapi aku tak guna lagi sebab mana ada buku RM5 kat MPH tu. Zzzzzz

Then pergi Mydin beli stationery. Kat Mydin boleh beli stationery banyak mana pun, janji beli buku sebijik. Sepatutnya portion buku and stationery 60:40, tapi boleh je janji ada beli buku 1.Tadi aku guna RM50 dekat Mydin, beli buku RM23, nak habiskan RM27 untuk beli stationery dekat Mydin memang tercungap. Tak banyak choice sangat, barang murah, and aku memang tak banyak nak beli, budak final sem kan (muka bangga) haha. 

RM200 = 7 buku, 1 A4 Paper, Sharpie, Magic Colour Faber Castle, Rak buku, Pensel Case, Pen.
Buku yang berjaya dirembat:
*The perks of being a wallflower
*Buku Sydney Sheldon (tak ingat tajuk apa, malas nak pergi cek)
*Bilal bin Rabah
*Umal al-Khattab
*Rindu Bau Pohon Tin
*Life of Pi
*Untuk kita pendosa
Bila la aku nak habiskan buku2 ni. Yang tak baca lagi yang beli dulu pun ada 3 4 biji. Comics pun ada 4 lagi tak bukak, nasib baik buku takde expired date. Haha. Hah puas hati walaupun satu pun takde buku akademi huahuahua. Esok nak pergi Puncak Alam hantar Nadzirah balik hutan. Aku balik hutan hari Isnin. Huehuehue. 

Owh aku beli kipas jugak nak bawa balik UUM, sebab bilik aku kan kipas zaman Jepun. Diva kan? Haha. Macam mana aku nak bawa kipas naik bus nanti ni. Zzzzz

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance