Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 31 March 2013

Big Bad Wolf, Penang

Aku suka membaca, nampak macho kah kah kah. Tak lah, aku memang dari kecik suka membaca. Tapi aku tak suka baca buku akademik, sekian. Aku da lama teringin nak pergi BBW ni, dulu buat kat KL, aku kat Kedah. Jauh benorrr nak pergi KL semata nak beli buku. Aku paksa adik aku yang kat Puncak Alam pergi, tapi dia lagi pemalas tahab syaitonirojim haha.

Cha bagitau ada BBW kat Penang, and tarikh dia exactly lepas kitorang dinner dekat Sg. Petani. Molek benar caturan Allah tetapkan. Melompat-lompat la hati aku dalam badan ni ajak aku pergi. Aku ada jugak pujuk2 dia, boleh makan pujuk jugak hati aku ni. Then Cha ajak pergi, hati melonjak kembali. Dan kali ni aku pilih untuk tak kecewakan hati. Dah banyak kali dia kecewa dengan jalan yang aku pilih, kali ni aku try jaga dia. Sila berhenti merepek sekarang Bairon!

Lepas check out dekat resort-yang-ntah-hape-hape tu, kitorang menuju ke Penang. Dengan bantuan google, kitorang tak sesat. Wooot wooot. BBW dekat Time Square Penang, wing baru (siap bagitau). Masuk2 je, aku berdiri tegak, tarik nafas dalam2, ambil bau syurga dunia. 

Then aku mulakan rondaan. Sport - aku tau main galah panjang je. Cookery - aku da teror masak bahahah. Home deco - tak payah, bakal suami aku arkitek (kau manusia paling confident Beron!). Humour - aku berhenti sini dalam 15 minit, baca gelak baca gelak, rembat sebijik. Self help - lagi lama kat sini sebab aku memang suka bab2 motivasi ni, selak2, rembat dua. Romance - banyak sangat sampai pening nak baca tajuk. Jalan depan lagi da masuk Young Adult, and bahagian Children. Berhenti berangan kejap, mungkin 2016 punya BBW aku da boleh pergi bahagian children haha. Fiction, Literature, Manga, Malay - hanya tengok2 nak cukupkan syarat tawaf BBW.

Then patah balik ke Romance. Jumpa satu novel thriller, aku tak tahu mana romance-nya, macam menarik, rembat satu. Nak cari novel romance satu, sebab terlampau banyak, aku tengok cover yang cantik, baca sinopsis, rasa menarik, ambil satu. Dont jugde a book by its cover memang tak boleh applikasikan kat aku.

Satu buku RM8 woi! Gila tak rambang mata aku. Langkah bijak, aku tunggu kawan2 yang lain kat pintu exit, sebab kalau aku baca semua sinopsis, mahu 87 buah buku aku rembat. Buku2 kat rumah pun meronta lemas dalam plastik lagi haha.


2 comments:

  1. Lol not bad jugak your hoard.

    Aku punya kids books aje dah rm100+.

    ReplyDelete
  2. hehe if i have any kids, idk how much i'll spend on that bcoz those books so cute. :)

    kene bijak berbelanja. buku beli guna voucher dulu pun x habis baca lagi hehe

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance