Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 28 March 2013

Awas orang ketiga!

Semalam aku pergi koperasi, ternampak deretan akhbar. Aku pun singgah jap nak baca tajuk utama. Sekarang busy bukan main, nak baca paper pun tak sempat (menipu). Mata aku tertarik dengan caption Harian Metro 'Awas orang ketiga!'. Aku tarik sikit surat khabar dari rak, then ternampak pulak

Orang ketiga dalam rumah tangga (pengacau rumah tangga) boleh dikenakan penjara 3 tahun

Hahahahhahaha. That was my 1st respond after read that news. I don't know why it sounds so funny to me. Haha. Aku tak tahu la segala syarat di sebalik undang2 baru tu. Tapi tadi aku ada terbaca, tak salah aku hanya applicable kepada lelaki yang kacau isteri orang.

It sounds reasonable. Statistik menujukkan ramai pasangan muda bercerai sebab orang ketiga. 

Kalau dia applicable juga kepada perempuan yang kacau suami orang, aku rasa banyak aspek yang kena tengok. Reason aku, laki boleh kahwin empat. HAHA. No, aku bukan sokong semua lelaki untuk berpoligami, but it is their right. And betul ke perempuan tu yang start kacau suami orang tu? Ke suami orang tu yang menggatal dulu? Huahuahua.

Penduduk bumi pun banyak perempuan dari laki. Laki tu pulak, tak semua tulen bahahhaa. Kat sini kita boleh nampak hikmah poligami. Rasulullah dulu pun pernah berkahwin dengan janda dengan niat untuk menolong mereka. Tapi aku tetap tak rela berkongsi yawwww hahaha -__-''

Undang2 baru ni amat sesuai di applicable kan kepada lelaki yang kacau isteri orang. Kacau tunang orang pun haram woi! Ini kan pulak da jadi isteri. Punya la banyak perempuan single dalam dunia ni (ehem haha), apahal isteri orang jugak kau nak kacau. Tapi aku pernah terbaca, laki yang suka kacau isteri orang ni kononnya sukakan cabaran, kepala hotak la engkau. Kan ku tunggu jandamu, gitu?

Aku selalu rasa lelaki curang perkara biasa, tapi perempuan curang aku jadi kesian gila dekat suami dia. Ni bukan gender bias. Kalaupun isteri orang tu yang start goda kau, as long kau tahu dia isteri orang, janganlah layan. Kalau tak tahu, layan, then kena cekup, aku rasa perempuan tu yang patut kena penjara 3 tahun (baru hukuman dunia ni kak). 

Ada la 2 3 orang lelaki yang aku kenal, isteri dia curang dengan rakan sekerja. Aku tengok muka dorang pun aku tahu pedihnya apa dorang rasa. Semua yang aku tengok, hak penjagaan anak2 dapat kat si Ayah. Kadang2 dorang tak fight pun custody dalam court, mungkin isteri malu, or boyfriend isteri taknak anak2 tu, wallahualam.

2/3 dari pada kes yang aku tau, lepas beberapa bulan, isteri datang balik merayu dekat ex-suami nak rujuk. Ha! Nampak tak permainan laki2 durjana di sini? Da dia buat perempuan tu kena cerai, dia bla la. Cabaran kan, cabaran! Lepas tu dia pergi ngorat isteri orang lain pulak. Pfffft.

Tapi laki2 yang aku kenal tu tak terima balik la, mungkin kalau terima dorang rasa dorang dayus. Kalau aku jadi laki tu pun aku tak terima, pedih woooo. Bukan senang nak bangun balik especially kalau lemah iman. Kau percaya isteri kau, kau sayang dia, dia ibu kepada anak2 kau, tiba2 kau jumpa isteri kau lentok2 kepala dekat bahu lelaki lain dekat restoran terkemuka (tak perlu kot Nadia restoran terkemuka tu). Hancur bai hancur. 

Bab nak menghadapi kecurangan pasangan ni, aku rasa lelaki tak sekuat wanita. Provided laki tu memang jenis setia and sayang habis dekat isteri dia. Ada yang sasau, jadi drunker (nauzubillah). Kesian kat anak2 lagi. Mungkin mudah untuk perempuan jadi ibu tunggal, tapi susah untuk laki jadi bapa tunggal, especially at early stage. Mana nak ingat kecurangan isteri, fikir maruah dia, nak fikir hal ehwal anak2, masalah kerja. Kebanyakan lelaki hanya boleh buat / fikir 1 benda dalam satu masa.

That's why aku sokong undang2 ni applicable dekat laki yang kacau isteri orang.

Semoga kita semua jauh dari musibah ni :)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance