Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 18 February 2013

Welcome to final sem Beron!

Hari ni aku da start kelas, aku je start hari ni, orang lain semalam da pergi kelas da. Hari ni briefing syllabus je, lecturer tanya nak dia ajar ke tak hari ni, haishh soalan macam tu tak payah tanya la, sendiri tahu la haha. Ok la jugak aku datang hari, kalau datang minggu depan? Ada je kawan2 aku buat cuti sendiri haha. 

Aku sebab kene pindah bilik, so balik awal sikit. Lagipun balik lambat sehari kena denda RM5, woi UUM cekik darah. Suka hati la aku nak balik bila, bilik aku bayar sewa apa bahaha.

Semalam aku angkut barang dari tingkat 4, bawa turun. Naik tangga nak masuk blok, naik lagi 2 tingkat pffft. Nasib baik tangga sini pendek2 je. Sian mak and ayah angkat berat2 :( Nasib baik last sem da, lepas ni aku taknak duduk sini da! Huuu.

Roomate baru budak sem 4, so far nampak ok Alhamdulillah, too early to judge. Dia panggil aku akak, terasa wajib kahwin disitu haha. 

Lepas da siap angkat barang semalam pergi rumah Anep ambil motor, lepas tu tukar minyak hitam, beli barang sikit. Lepas maghrib kemas barang, pukul 10 baru siap -_-''. Da kemas2 rupanya ada 2 bags barang tak guna. Pfftttt perempuan2.

Malam semalam aku tidur sorang, roomate tidur bilik kawan dia kot. Da la kipas bilik ni macam zaman penjajahan Jepun. Da la kedah da sebulan setengah tak hujan (Bapak Anep, 2013), punya la panas. Pagi tadi terus message mak suruh pos kipas. Boleh? hahaha

Malam semalam sebelum tidur aku nangis sebab homesick hahahha rasa nak lempang kan? Aku ni orang yang susah nangis, semalam pun paksa sebab hati rasa berat haha. Kalau air mata yang sepatutnya keluar tersimpan dalam badan, aku rasa aku da kene paru2 berair, air mata bertakung kat situ haha.

Perangai serupa budak tadika baru pisah tempat tidur dengan mak ayah. Aku sebak sebenarnya time tengok mak ayah aku tolong angkat barang. Besarnya pengorbanan mak ayah kat aku. Barang aku berat2 ok. Bangun Subuh tadi terus sakit2 badan. Da macam orang tua. Mak ayah pun mesti sakit2 badan kan? I'm sorry mak ayah. :( And thank you so much, for everything, I pray to Allah everyday to grant both of you Syurga Firdaus. Love you, lillahhita'ala.

Aku memang jenis manusia yang da duduk asrama dari form 1 pun tapi tetap homesick. Aku memang takkan involve activity university yang akan kacau waktu cuti aku, nehi kaba nehi. Aku sanggup kene buang college dari kene balik U time orang lain cuti haha. 

Sem ni Ahad sampai Rabu malam aku ada kelas berderet. Jangan cari aku malam2 please (Siapa nak cari kau entah haha), balik kelas pukul 11 aku nak tidur terus, kalau boleh jama' aku da jama' isya' sekali dengan maghrib haha. Kelas malam ni penat walaupun siang takde kelas sangat.

Sebab siang aku free, aku ingat nak kerja. Kumpul duit, lagi 2 tahun nak kahwin (confident padahal calon tercungap lagi tak jumpa2 aku haha). Dengan ekonomi sekarang memang tak boleh bergantung harap dekat PTPTN and PaMa 100%, mak eden da la tak kerja. Kena belajar berdikari, malu la oi da nak masuk 23 merengak mintak mak duit lagi -_-''. Aku ingat nak kerja kedai jual makanan, sambil kerja sambil ngap.

Doakan aku untuk habiskan sem ni dengan jayanya. Ameen :)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance