Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 13 February 2013

sembang sorang2 #12

Cuti sampai ke Selasa memang heaven (gaya macam kau da kerja je), ayah ambil cuti sampai Rabu lagi heaven. Tak buat apa pun, just spent quality times dengan family. Mula2 cadang nak pergi Kelantan, then cancelled, banyak sangat halnya, kebetulan ada kakak saudara nak bertunang. And nasib baik jugak tak pergi, I cant bear the crowded :p

Aku membesar dalam suasana kampung, dekat Kuala Kangsar pulak, kalau Kg. Baru KL tu lain cerita. So aku da biasa dengan suasana yang aman damai, tak pernah bersesak. Just time raya la Kuala Kangsar jadi Kuala Lumpur, time tu rasa nak halau semua orang balik rumah masing2 haha. Sebab tu aku tak suka crowded place, jalan jam pun aku tak suka, boleh menimbulkan murka. Nama aku nak pergi konsert, terjerit pekik terkinja-kinja, idak le. Nama aku nak pergi Sure Heboh ke apa, yang kena arung jutaan manusia dan ribuan kereta untuk cari parking, lagi la idak. Baik aku duduk rumah baring depan TV, kupas kuaci ngap masuk mulut.

Semalam pergi Mydin beli barang sikit nak masuk SEM AKHIR ni (Nadia, tak perlu kot caps lock sem akhir, orang lain da kerja pun) huahuahua. Aku memang bajet betul2 la nak beli barang, elak pembaziran gitteww, 4 bulan je pun lagi. Seronotnya fikir bila nak akhir ni. Sebab tinggal 4 bulan la aku gagah jugak balik.

Oh aku kena pindah DPP TNB dari DPP Petronas T___T Rupanya baru aku tahu, ada sistem yang sem ni, sekian2 dpp akan pindahkan budak. Macam sem lepas, DPP Petronas tak masuk campur, tu yang aku tercongok lagi kat sana. Kalau fikirkan malas gila nak angkut barang! Barang aku selori Courts Mammoth weh. Tapi fikir DPP TNB belakang kelas je, macam syok la jugak. Kelas pukul 8, 7.55 sempat pergi mandi lagi haha. Aku yakin DPP aku akan sentiasa ada elektrik :P

Setiap benda ada pros and cons masing2 kan. Aku baru habis baca novel Hlovate; Rooftop Rant. HAHA orang lain da baca time darjah 3, kau baru nak baca ke Nadia? -_-'' Aku suka satu quote dia;
Live well or live hell.
You choose.
Indeed. Your life is about how you manage it, how you look at it, what is coming, what the outcomes. How well or how hell our life, it's on us to choose. Takde siapa boleh tentukan hidup kita selain Dia. Ada benda bagi certain orang adalah Hell, tapi benda yang sama mungkin bagi orang lain adalah Well.

Macam aku, bagi aku tempat ramai orang adalah Hell, tapi bagi kawan aku yang suka hiruk pikuk ni, situasi macam tu Well untuk dia. 

Try to be optimist in whatever circumstances, coz we never know what Allah has already prepared for us in future.

Have faith. 

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance