Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 5 February 2013

Sembang Sorang2 #11

Da lama tak merepek sorang2 kat sini, selalunya entri berilmiah je kah kah kah. Tiada tempat mendamaikan selain dari rumah. Bila fikir lagi 2 minggu nak balik, mula rasa nak bakar semua baju yang ada, supaya boleh jadi alasan tak payah balik UUM. Tapi memikirkan ini last sem (insyaAllah), aku gagahi juga menyusun segala khazanah dalam luggage T____T

Aku dari dulu tak suka balik asrama, ibarat sireh pulang ke ganggang. Aku tak ingat maksud peribahasa ni, tapi nak letak jugak, kalau rasa tak kena, kenakan jugak. Bagi aku, balik asrama adalah hell. Kau kene fikir kelas, assignments, makan berbayar, kalau lapar malas turun beli makanan, da sidai baju tiba2 hujan lebat, tengah shampoo rambut tiba2 air takde, tengah buat assignment tiba2 blackout, weekend dapat arahan turun aerobik, pekajadahnya ni? Ah lupakan, kena redah jugak nanti.

Tadi aku pergi walk-in interview untuk praktikal. InsyaAllah dapat, and Puan tu macam suruh aku chambering sekali dekat firm family dia tu. Aku cakap kalau takde masalah, boleh je aku nak chambering dekat situ, bukan dekat situ, dekat main office dia dekat Taiping. Kalau ada masalah, mungkin aku berhijrah ke firm lain. Wah bajet diva ingat semua firm nak kan kau?

Aku bukan nak cari masalah, kalau la ada, kalau. Contoh ada lawyer terlampau kacak ke kat sana sampai boleh menjejas kredibiliti aku, maka sunatlah aku berpindah firm cari lawyer pakai spek senget. Masalah jarak ke, cost ke, apa2 la. Chambering ni hal lambat lagi, kita tolak slow2 ke tepi dulu, susun elok2 atas rak, tanda KIV. Yang penting sekarang aku malas balik UUM! (tak habis2 lagi)

Oh handphone aku rosak, Alhmadulillah still under warranty, so kita hantar balik ke kedai. Camera je rosak pungg. Eh I mana boleh handphone takde camera, kalau tak macam mana nak syok sendiri, tangkap gambar dalam toilet sambil buat duck face lalu upload ke instagram. Tak diva ok tak upload gambar kat instagram sambil hashtag banyak2 haha. (Padahal instagram aku penuh gambar makanan)

#Aku #walaupun #da #sepurnama #ada #instagram, #aku #still #tak #faham #orang #buat #hashtag #banyak2. Motif? No seriously, I'm not being sarcastic, really I'm asking you, what is the motif actually? Biasalah, aku ni budak kampung, kot la sekarang ni da jadi trend semua bneda nak kena ada hashtag. Entah betul ke tidak ejaan hashtag gitu haha. 

Kau rasa tak benda tu kadang2 annoying and membantutkan proses membaca caption. Membaca caption gambar bila ada hashtag banyak gila aku rasa macam, tertelan2 air liur nak baca. Ke aku sorang yang tak aptuhdet? Camera rosak la katakan!

Ha sesiapa yang whatsapp aku tapi tak reply tu, faham2 je la. Atenye, message je le, kedekut benor kamu ni! haha. Mula2 rasa lost jugak takde handphone tu, ye la tak twitter 24 jam, tak bukak instagram ushar gambar2 orang, tapi lama2 rasa okay je. Hidup je aku dengan nokia 200 ni ha. Sekali sekala online dekat laptop baru rasa berdebar-debar nak bukak Facebook ke apa ke, kalau tak sebelum ni belum sempat berdebar, handphone da bagi notifications. (sumpah tak faham kenapa perlu berdebar)

Da la, nak bermesra dengan katil. Good night, Assalamualaikum. (teringat ust don bagi salam tadi, comelnya gaya mihmihmih)

*I'm faithfully waiting for you,
  Love

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance