Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 11 February 2013

Reunion sekolah rendah

Tadi aku pergi reunion dengan budak2 sekolah rendah aku. Lama gila tak jumpa, ada yang tak jumpa dari darjah 6. Tahun ni aku 23 oi! Cuba tolak sendiri berapa lama da tu. Mula2 aku malu nak pergi huahuahua, macam tak percaya aku ni pemalu >_<

Aku tak membesar dengan dorang sebab form 1 aku da masuk asrama, sama dengan Muhammad. Sebab tu Muhammad message aku 'kalau kau tak pergi, aku tak pergi', aku pun forward balik text tu kat dia haha. Aku ingat aku je ada sifat pemalu ni huehuehue.

Kitorang gathered dekat Ulu Kenas. Ulu Kenas ni tempat perkelahan. Ayah aku tak bagi mandi sungai T__T sebab dekat sungai tu ada 2 kes virus kencing tikus. Ayah memang ada sifat berjaga-jaga yang tinggi, manakala aku ada sikap optimist yang tinggi, sungguhlah bercanggah. Makan hati tengok orang2 mandi dengan gahnya. Eh sejak bila aku jadi anak yang mendengar kata? Bagus Nadia ni *puji diri sendiri*

Dorang bawa sandwich la, nasi goreng, popia goreng. Aku bawa keropok Bika je bahahaha. Sebab last minute baru decide nak pergi, sampai da naik kereta pun still ada rasa malu (padahal sorang2 dalam kereta), fikir nak pergi ke tak. Haha.

Nasib baik la tak awkward sangat. Boleh sembang, boleh gelak2, boleh bukak cerita2 lama, mengumpat sikit kiki. Tapi ada part yang dorang cerita kehidupan dorang time sekolah menengah, aku terpaksa diam tak masuk campur, kunyah Bika sambil merenung air terjun T___T

Lepas ni dorang rancang nak buat dekat tepi pantai pulak. Aku cadang buat lagi 10tahun, baru la syiok sikit. Da ada suami, anaks, ni tak, asyik tengok muka yang sama je haha.

Bila kumpul dengan dorang, ingat moments sekolah rendah dulu. Naive sangat. Haha. Aku dengan geng aku yang pelopor (anggap la pelopor tu conquer) sekolah *wahhh!* Haha. Budak laki pun gerun dengan kitorang time tu. Ha jangan main2. Time tu la aku bangga aku lagi tinggi dari boys. Kalau aku tahu dorang akan meninggi laksana KLCC, mesti aku tangkap gambar dengan dorang sorang2, membuktikan yang aku pernah jadi juara. Mwa ha ha ha. Sekarang tak dapet le, nak cakap dengan dorang pun kene dongak kepala.

Masing2 da ada hidup masing2. Ada yang da habis belajar, ada yang da ada anak, ada yang nak kahwin. Tapi aku tak termasuk langsung antara 3 list tu T___T. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance