Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 7 February 2013

Result sem 7

Aku tak suka exam sebab aku tau course aku perlukan daya ingatan yang tinggi, dan aku lemah bahagian tu. Apa yang aku faham je la aku merepek dalam booklet exam. Lagi satu aku ni bangsa pemalas (jujurnya, elok dibuat menantu pilihan hahah). 1 paper aku diberi masa 3 jam nak jawab soalan. Main questions ada 4, tapi beranganglah nak dapat 4 semata. Manusia pun suka beranak, ini kan pulak soalan, kadang2 beranak sampai 1 soalan ada kembar 3 anak dia. Guna IVF kot 

Ada certain masa (mostly), aku rasa malas gila nak tulis jawapan woi. Faham tak perasaan tu? Ke bangsa pemalas macam aku je faham? Huahuahua. Aku faham lah apa adik laki aku rasa bila dia bawa balik kertas jawapan penulisan, tapi kertas kosong. Mak aku da gelabah kot anak dia tak reti bahasa pasal lansung tak jawab, padahal dia da pandai membaca. Mak pun dengan berdebar tanya 'Kenapa tak jawab, tak faham soalan ke?'. Dengan slumber dia jawab 'Hafiz malas tulis', dan berlalu pergi. Nasib baik baru darjah 2 time tu. Kalau aku buat perangai macam tu, ada mak aku pergi Makkah mintak aku diberikan petunjuk.

Kadang2 malas dia rasa nak angkat tangan panggil abang penjaga peperikasaan (amboi nak panggil abang je, kakak?), nak suruh duduk kat kerusi aku tolong tuliskan jawapan, aku berdiri dekat sebelah bagitau jawapan. Tengah2 exam la hati berkecamuk sorang memikirkan kenapa mereka tak buat je oral examinations. Kadang2 sempat jugak berangan kalau dua2 tangan boleh tulis serentak, alangkah bahagia hidup hamba.

Bila da habis exam, lega dia tak tau nak kata. Tapi bila da nak habis cuti, runsing lebih sikit memikirkan nak balik U balik and memikirkan result da nak keluar. Aku ni result teruk mana pun tak pernah menangis. Just result PMR bergenang air mata kejap sebab terharu  Allah Maha Pemurah, aku tak belajar pun dapat result elok. :')

Kalau result macam boleh pergi jahanam tu, tersentak la kejap dalam berapa minit lepas tu gelak kan diri sendiri, tau bengap malas belajar, pastu harap DL, pirahhh mabuk.

Untuk sem lepas, aku berusaha lebih sikit (aku rasa la) untuk exam. Aku pergi library, aku ulang kaji lebih sikit dalam bilik. Kalau tak, aku duduk dalam bilik tak belajar ok. Yang ni bertekad sikit, sebab taknak CGPA jatuh. Baru sedar mintak kerja tunjuk transkrip exam, so perasaan segan tu timbul sikit, seiring dengan kesedaran. Nasib baik sedar sebelum exam sem 7. Kalau sedar time beratur nak grad tak ke lahabau tu? haha

Aku baru cek result sem 7 :) Takdelah lah DL, tapi Alhamdulillah, I get what I deserved. Pointer menaik la. Tapi aku tak nafikan result ni kadang2 factor lecturer jugak. Ada jenis lecturer akan tolong students dapat A, tapi ada lecturer akan pusing la kot mana pun untuk tak bagi students dia A. Alhamdulillah, lecturers aku tak kedekut markah. Moga Allah merahmati mereka. Aameen.

Aku dengar kawan2 aku semua result gempak2. Tahniah guys. Allah has paid our hard work ;)

*kenapa asyik dengar nama kau lately? Kenapa semua mesti ada kaitan dengan kau?

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance