Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 23 February 2013

Puncak Vista, UUM / MAMA / Juvana

Petang semalam aku, Cha, Maria buat tour kat UUM, jalan kaki you olss! Padahal 1/5 UUM pun tak sampai jelajah, tu pun aku da rasa jauh gila. Da last sem ni elok lah bawa try semua benda yang ada kat UUM ni. Kata aku nak datang UUM nanti semata-mata nak bersiar-siar, idokle rasanya.

Kitorang daki puncak vista. Tempat paling tertinggi dekat UUM la, kalau sampai pondok atas tu boleh nampak 1 UUM. 162 anak tangga semuanya. Mengah jugak sebab sambil naik sambil bercakap. Sampai atas lepak kejap sambil menikmati angin sepoi2 bahasa, gittewww. 

cantik jugak gambar camera Nokia 200 aku lepas di edit -_-''. Handphone W aku tak siap lagi! Grrrr samseng! Ha adik2, nampak tak gunung tu? Gunung ke bukit? Ha sampai situ la jajahan UUM (aku agak je)

Then malam pergi Changlun cari CD MAMA dengan Juvana. Cetak rompak ke ori, biarlah jadi rahsia kami kah kah kah. Aku beli selipar dalam bilik sebab dalam bilik ni takde tikar. And roomate aku jenis bawa semua selipar toilet masuk bilik. Aku ni tak reti nak tegur2 orang, kalau aku boleh selesaikan masalah tu tanpa perlu susahkan orang lain, aku buat cara aku.

Tapi tapi kan, time kat Watson, tinggal sepasang je selipar tu. 46saat aku fikir kerasionalan aku beli selipar tu. Rasa macam tercalar ego kalau pakai. Haha

Homey tak? Homey tak? Gegirl sangat, nak simpan sebagai selipar warisan T___T Da la pink kalerrr, ada perempuan gedik pulak atas tu. Nasib baik tengah desperate nak kan selipar bilik, kalau tak, aku tak beli. Why la Watson don't restock any others colours and more matured picture, macam transformers ke? zzzzzz

Lepas tu lepak bilik Dira tengok movie. Mula2 tengok cerita MAMA. Bukan aku la kalau nak tengok cerita ni, tapi aku join je da dorang beli CD. Aku memang jarang kecewa dengan industri perfileman orang barat. Ada je idea bernas dorang, tak cliche. Jalan cerita tu menarik, highest rated kat US aku dengar, yeke? Memang tak rugi tengok, walaupun ada part yang rasa jantung nak terkeluar ikut tekak.

ni adik dia, Lily. Sumpah sycho budak ni. Tidur bawah katil, da besar pun banyak merangkak dari berjalan (aku paling tak suka adegan merangkak, anak aku nanti kita ajar dia terus berjalan haha) makan kaca, makan rama2. Dia dibesarkan oleh MAMA ni la. Memang dia rasa MAMA ni mak dia. Mama ni roh yang tak tenang. Eh tengok lah sendiri, recommended. Ke aku sorang je baru tengok? haha

Walaupun mengantuk, lepas tu kitorang sambung tengok cerita Juvana. Pun tak menghampakan. Man Todak (Shanaaz) dalam cerita tu sumpah kalau tengok rasa nak bunuh dia. Jahat gila. Memang Sharnaz pandai bawa watak sycho aku rasa, so real. Macam orang gila pun ada dia dalam tu. Sakit je hati tengok. Kalau aku jadi Shila Amzah aku da takut nak kahwin dengan dia. Haha. Eh ke dorang da clash? Lantak la dorang la, menyebok je haha.



Last sem ni aku memang aim nak fully occupied my quality times with my bestfriends. Bulan 6 nanti masing2 da pulang ke sarang masing2, meneruskan hala tuju hidup masing2 (ha berpujangga sangat aku). So masa yang ada ni, lets create breathtaking memories together ;)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance