Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 10 February 2013

Majlis berendoi

Haha macam kelakar je perkataan endoi tu, siapa la cipta agaknya. Majlis berendoi ni majlis naik buai untuk baby lepas pantang, ada marhaban segala. For sure, this is only a Malay's custom. Aku tak tahu semua negeri buat ke tak, tapi family aku buat (tak semua). Anak aku nanti tak payah la nak naik2 buai segala, kita naik roller coaster baru millennium! :D

Tadi Yong, cousin aku buat majlis naik buai untuk anak dia, Afif. First time kitorang buat malam, sebab siang masing2 ada hal. Mula2 dia nak buat pelamin baby tu dekat luar. Kau gila apa nak hayun baby kat luar malam2, kene sampuk tak pasal je haha. Ha kemain kan siap ada pelamin. Dulu anak 1st dia buat aku nak tumpang bertunang, tapi tak de siapa masuk meminang. Yang kali ni pun takde siapa lagi nak masuk meminang. Haisehh kalau tak boleh jimat kos hahaha. 

Aku sampai2 terus terjah makanan (gelojoh). Lapar kot, da la hujan, jalan jem. Ingat Cina je ke nak makan besar malam ni, aku pun nak la, aku tiap malam makan besar. Macam2 lauk ada. Aku da pandai makan kurma kambing. Teror gila orang tu masak, takde bau langsung. Ke dorang tipu aku tu kambing?

Time marhaban punya la panjang, 1 file ok lirik marhaban. Ngantuk aku nak tunggu habis. Bila berhenti aku da lega, sekali sambung balik. -_-'' Baik baca 4 juzuk Quran gitu. Entah, aku macam tak boleh digest konsep marhaban untuk baby ni.

Aku banyak lepak luar je dengan cousins. Tak bergambar langsung dengan pelamin. Makan dalam seyh, Afif umur 2 bulan da merasa naik pelamin, aku da 23 tahun tak merasa lagi orang meraikan aku atas pelamin haha. Nasib baik makanan sedap, kalau tak aku naik buaian Afif suruh orang tidurkan aku (protes!) hahaha.

Pastu main tangkap2 gambar dengan Alif, anak saudara aku yang umur 2 tahun, abang kepada Afif. Dia yang tangkap gambar aku. Nak tengok? Bahaha. Buat2 tanya pulak, macam kalau orang taknak kau tak upload. Kau upload jugak kan Beron? Huehuehue. Gambar2 ni yang paling ok la, sebab ada setengah gambar aku macam tengah melakukan upacara bomoh gayanya haha

please bear with me :P Aku rasa aku da buat 10 expressions muka, yang ni yang tertangkap T___T

ni aku tengah pakai kopiah Alif sebenarnya. Kira ok la gambar ni untuk tangan budak 2 tahun

with adik, cousins and Alif. Alif ni please la, muka blur gila. Lepas tu cakap suara alahai, memang tau la tak baligh lagi, lembut bersopan santun dan berbudi pekerti. Dalam hati ada taman pulak tu. Tadi Paksu marah dia, tercebik2 muka. Then aku dukung, terus peluk aku kuat2, menangis atas bahu haha. Kan aku pernah cakap, family aku laki hati ada taman, perempuan yang gengster hahaha.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance