Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 18 February 2013

Hydro Hotel, Penang

Hari Sabtu lepas aku pergi Penang dengan family aku. Kitorang stayed kat Hydro Hotel. Ni program pejabat ayah, so family Fatini pun join sebab walid dia satu tempat kerja dengan ayah hihi. Hotel not bad, tak tahu la berapa stars. Qualified if I put 4stars, or perhaps 3 and half? Ada swimming pool, walk-able to Miami Beach (disediakan jejantas). Tapi mostly yang stayed kat hotel tu omputeh yang tua ganyut haha. Tanned kan diri dorang tepi kolam sambil baca buku. Good therapy, tapi tapi da berkedut perut gelebeh tak malu ke pakai bikini je? huahuahua

Petang tu kitorang lepak Miami Beach kejap, makan laksa dengan minum air kelapa (korek buah kelapa). Laksa dia terbaek wok. Menepati piawai tekak aku, just yang slack ada daun pudina. Aku tak suka, rasa makan laksa lepas gosok gigi, tapi mak aku suka pulak -_-''


ni la salah satu pantai yang dilanda Tsunami. Cuba aku buat gaya camni time tsunami, alamatnya innalillah la.

Melayan budak merunsing sebab mengantuk. On the way balik hotel dia tertidur atas pangku adik aku haha. Ngantuk sangat letteww

Percubaan suruh dia tengok camera, tetapi usaha sia2, ibarat cuba meneggelamkan buah kelapa tua ke dalam laut.


Baru balik dari kolam sebab hujan, dorang sambung mandi dalam bath tub pulak. Budak2 ni kalau bab air. Kau tengok kak Ngah, terapung macam orang mati lemas and terkejut je, dengan mata terjegil dia haha. Nauzubillah 

Malam ada dinner. Tema: Artis. Artis apa aku? Artis muslimah kotemperari (camno ntah ejaan dia) hahahha

tengah bersiap. Aku pakai baju Nadzirah sebab aku takde baju yang proper haha. Da la air tertumpah atas baju tu, nasib baik air kosong je, kalau air kopi yang tumpah aku da cadang nak jahit daun2 dekat luar jadi baju. 20 minit jugak la aku hairdryer-kan baju tu haha

do we look like a sisters?

ya Allah yang Maha Melindungi, yang Maha Penyanyang, kurniakan wanita kesayangan aku ni syurga FirdausMu. Jauhkan dia dari sebarang kecelakaan. Bahagiakan dia hingga ke syurgaMu. Kurniakan dia kesihatan yang baik. Same doa goes to you lelaki kesayangan :)

Kau tau aku sudukan dia air oren, dia minum then sembur. Nakkal budak ni. Jalan terkedek-kedek ke meja orang. Kalau dia malas, dia merangkak je. Kena always keep an eyes on her, kalau tak kek-atas-lantai-yang-da-lenyek-dipijak pun dia ngap masuk mulut T___T. Kuat makan!

Boleh terima tak kegedikan dia? Boleh tak? Kalau tak boleh aku delete gambar ni nanti haha. Dia masuk pakaian beragam. Atas pentas dia cakap 'ala comel2' tapi dalam keadaan menengking. Sampai MC cakap, amboi garangnya dia. Haha

Badut datang dari satu meja ke meja tanya budak2 nak belon bentuk apa (yang pegang belon tu aku ye, bukan badut). Budak2 je dapat, diskriminasi umur betul! Ni belon Fatini. Arissa dapat bentuk teddy bear tapi tak sampai 5 minit da pecah dia gigit. Kan aku da cakap dia kuat makan. T__T

Pagi esoknya ada sukaneka dekat tepi pantai. Aku pergi kejap je, rendam kaki dalam laut, makan nasi ayam, then balik ke Sintok. Benciiiii! Orang lain bersuka ria sampai tengah hari. Huuu

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance