Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 20 February 2013

FREMMIN

Time sekolah menengah, upper form aku ada geng nama FREMMIN, stands for Fazlina, Roslina, Eyda, Marzihah, Mira, Ili, and myself, Nadia. Nama ni dapat time ada group presentation time orientasi ke apa entah. Melekat nama tu sampai sekarang. Faz, Ros, Mira, Marzihah memang rapat dengan aku dari lower form lagi sebab satu kelas

Faz dekat India sekarang ambil Medic. Ros baru habis Pure Math dekat UM, Eyda tengah buat Town Planning dekat UiTM, Marzihah dekat UIA tapi aku tak ingat course apa (ampunkan aku sayang haha), Mira ambil Biomedik dekat UKM, Ili kos Sains Pemakanan dekat UMS, aku Law dekat UUM.

Alhamdulillah, masing2 da nak habis belajar, aku, Ili, Eyda, Mira tinggal satu sem lagi, Faz and Marz insyaAllah 2014 habis la tu ;) 

Bila ingat zaman sekolah balik, macam tak percaya masing2 da  nak pegang ijazah da. Dulu masing2 perangai serupa hantu betina haha. Waktu prep malam tak boleh bising, ustaz cakap dia nak suasana prep malam macam kubur, tapi siapa entah antara kitorang buat bunyi cengkerik, sebab dekat kubur ada cengkerik katanya haha 

Balik dari surau lepas Maghrib paling last. Orang lain berebut cermin betul tudung nak ke prep, kitorang boleh baring kat surau dulu, gelak2. Pastu bila da jejak blok akademik, orang lain da sibuk buat homework, study, kitorang baru terhegeh-hegeh, gelak2 masuk kelas. Da la Faz ke Eyda pakai kasut yang bunyi macam terompah, memang 1 bangunan tau kitorang baru datang. 

Balik prep paling awal, bukan nak kejar jemaah Isya' tapi sebab nak rebut nasi lemak -_-'' Lepas tu makan ramai2 atas katil. Assembly pagi pun selalu ponteng, jemaah Subuh apetah lagi huahuahua. Memang muka2 yang ustaz aim la. Aku pernah kena paksa isi borang LDP (Lembaga Displin Pelajar) dengan ustaz, tapi aku lari huahuahua. Taknak aku jadi pengawas, tak boleh buat jahat

Tapi sekarang masing2 da matang, da layak jadi mak orang pun kan kah kah kah. Khamis lepas (da nak masuk Khamis balik baru cerita haha) aku pergi JJ jumpa Eyda, Ros dengan Ili, nak kumpul 7 orang sekali memang benda yang kitorang tak berjaya nak buat dari lepas SPM. Melepak dekat sana dari pukul 12 bawak ke 6 petang.

Makan Kenny Rogers, karaoke sejam, lepak food court makan makanan Doraemon. Time karaoke paling gila aku rasa. Tarik lagu Ziana Zain sampai anak tekak melahirkan anak tekak yang lain aku rasa. Half lagu da semput. Aku orang puteh, nyanyi lagu Maroon 5 je, kadang2 tumpang lagu jiwang dorang pilih haha. Tapi lagu akhir punya video klip memang mengundang cacian (lagu matanya lirik2 selalu, bla bla bla) nasib baik kawan2 tahan, kalau tak aku pecahkan da screen. Perempuan dalam video klip sungguh la annoying, kalau aku jumpa tengah jalan, aku sumbat terompah dekat mulut dia. Tak faham aku macam mana dia tergamak menari macam tu. Sungguh luar alam.

Lepas tu sambung sembang dekat food court. Macam2 cerita keluar, cerita baby dalam rahim kakak meja sebelah pun jadi, cerita macam mana orang boleh konfiden call guna tab letak kat telinga, da rupa orang gila bawa radio atas bahu pusing pekan aku tengok haha

Pukul 6 masing2 beransur pulang. Memang tak puas jumpa. Aku syak kitorang boleh jadi lecturer la, 6 jam bercakap tanpa henti pun steady je lagi. 

Sebelum siapa2 kahwin, aku cadang nak sewa mana2 hotel ajak dorang bercuti. Ya Allah, makbulkan permintaan ku, hanya Kau tahu betapa kasihnya aku pada mereka. Terima kasih kerana menghadirkan mereka dalam hidup aku Ya Rabb. I love you girls, lillah ;)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance