Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 26 February 2013

DPP TNB, UUM

Setelah sebulan setengah Sintok tak hujan, sekarang da 3 hari hujan tak berhenti haha. Tu la komplen lagi panas panas, da Allah turunkan hujan ni sila ucap Alhamdulillah, ucap apa? Alhamdulillah. Pandaiiiiii. Jangan banyak merungut sejuk sejuk pulak, kain sidai tak kering la, tau kan semua benda ada baik buruk. Ewahh berceramah.

Hujan ni rahmat. Takde hujan, kering kontang la dunia. Pokok layu maka bekalan oxygen boleh jadi insufficient, air laut berkurang, maknanya bekalan air pun berkurang. Bila bekalan air berkurang, tak mampu nak tanggung penduduk bumi yang tak reti berjimat, maka akhirnya macam mana nak minum, nak masak, nak mandi wajib, mandi sunat, mandi manda. Hujan 3 hari tak berhenti ni mungkin menjadi bekalan air untuk 3 tahun akan datang. Siapa tahu?

DPP baru aku okay dari DPP lama, dekat dengan toilet, tak tinggi sangat, dekat dengan Maria huehuehue. Mula2 aku pindahkan barang dekat sini, kawasan ni macam lama tak berpenghuni, daun2 kering bersepah, macam tak berjaga. Takkan makcik cleaner cuti sebulan setengah jugak? Aku tengok DPP lain bersih je walaupun baru hari 1st bukak sem. Mula2 dulu tandas pun kotor, sekarang da ok sikit.

Tapi kalau aku tidur sorang2, time roomate aku tidur bilik kawan dia, mula lah macam2 bunyi aku dengar. Bukan khayalan yang aku berikan tapi keyakinan yang nyata (nyanyi sikit). Mula2 aku dengar bunyi orang atas seret keluar masuk kerusi, aku biarkan je la. Then bunyi orang alih loker, kalau ye pun buatlah siang hari, ni pejadah malam2 buat nak buat. Kadang2 betul2 kat belakang aku (bila aku tidur mengereng) bunyi  orang ketuk 3x, macam ketuk kat tingkap pun ada. Kadang2 bunyi guli jatuh.

Tapi semalam paling pelik. Roomate aku ada semalam. Aku terjunkan diri atas katil dalam pukul 12 lebih, baru aku nak lena, tiba2 dengar suara perempuan menyanyi. Jelas, sedap, mendayu tapi suara bergetar. Dekat luar hujan, nak kata orang dekat luar mesti suara dia dihalangi hujan. 

Aku tak fikir apa lagi, tapi dia keep menyanyi part yang sama, aku tak tahu la chorus ke apa, tapi dekat 10 kali. Nak kata radio, radio apa yang pasang lagu yang sama 10x then part yang sama je, bukan whole lagu. Aku familiar lagu tu, tapi aku tak tahu lagu apa, semalam aku ingatkan, tapi bangun pagi tadi lupa terus haha dasar nyanyuk.

Mungkin orang atas bilik aku nyanyi (which aku assume atas aku ada orang sebab sebenarnya aku tak pernah nampak pun orang naik tangga, but yeahh we must be optimist). Pagi tadi aku tanya roomate aku kot2 la dia yang pasang lagu sebelum tidur ke apa, dia cakap dia tak pasang. And fortunately dia pun dengar apa aku dengar, tapi versi dia lagi scary aku rasa haha. Dia cakap, kadang2 dia dengar dari luar tingkap, kadang2 dari atas loker. Gulp! Mungkin imaginasi dia je yang dari atas locker tu (sedapkan hati). 

Suara tu betul2 macam kat luar tingkap, bukan pantulan dari orang bilik sebelah or orang bilik atas mahupun bawah. Aku duduk tingkat dua. Aku memang tak sedap hati sangat duduk sini. Dulu dekat Petroanas, pukul 3 pagi aku steady pergi toilet sorang2 walaupun toilet jauh. Yang ni aku nak pergi ambil wudu' time Subuh pun aku rasa takuit (kak Ngah cakap takut, takuit) semacam, apa hal entah.

Ya Allah, aku berlindung dengan namaMu dari gangguan2 jin dan syaitan yang direjam. Aameen.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance