Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 8 February 2013

Blur

Aku tak pernah perasan aku ni blur orangnya, perasan aku perasan ada la haha. Sampai la satu hari ada satu pakcik ni tegur aku 'Kau memang blur Nadia, semua orang pun tau'. Tercengang-cengang aku bila dia cakap macam tu (nampak sangat blur-nya) -_-''

And bila aku terlampau fokus dengan something, aku takkan perasan benda lain yang jadi keliling aku. Aku ingat lagi time tu dalam kereta, aku tengah baca timeline twitter (bagusnya fokus kat twitter), aku boleh tak sedar Cha and Dira panggil aku dari seat belakang sampai dorang jerit nama aku baru aku tercengang-cengang macam ha apa-apa? Dorang pun, Ya Allah Nadia, 8 kali kot kitorang panggil. Haha sorry la kawan2. Patutla kalau belajar aku tak boleh dengar music, sebab in one time aku boleh fokus dekat 1 benda je. Elok benar Allah haramkan wanita berpoligami. Eh? bahahha

Lagi satu, semalam mak aku ada tanya adik aku, dia ada ambil file biru tak. Adik aku cakap takde. Sebenarnya file tu aku yang ambil, tapi sumpah aku tak dengar mak tanya dekat Nadzirah semalam, makanya takdelah aku bagitau aku ambil. Mak and ayah and Maksu aku da cari file tu macam cari anak hilang da. Pagi ni mak tanya aku pulak, directly panggil nama aku. Aku cakap la aku ambil and aku letak dalam kereta. Menjerit mak aku sebab dia tanya semalam aku tak jawab and dorang semua da gelabah file tu hilang. Bahahaha aku sumpah tak dengar time mak tanya, padahal mak cakap aku ada time mak tanya, just time tu aku tengah tengok laptop kot. Hehe fokus le kononnya tu. Cuba la time belajar fokus macam ni Nadia oi, waima (anggap la waima ni maksudnya, sesungguhnya) kau akan success! (usap2 bahu sendiri). Tapi kenapa dorang nak sangat file biru buruk tu? Ada wasiat harta karun apa? (berlari ke kereta)

Sebab da ada orang tegur aku blur, aku pun kaji diri sendiri (pakai lab coat). Haahlah, aku perasan jugak aku ni blur. Aku ni kalau orang cakap berbelit dengan aku, or berbunga-bunga memang sumpah aku tak faham. Tau la kan, orang Melayu ni selalu cakap berkias, tapi I kan orang omputeh bahahaha.

So kalau nak apa2 dari aku cakap je direct, jangan lah berkias-kias, aku tak faham oi, pastu marah aku blur. Da aku memang macam ni, nak buat guano? Lepas aku blur, dorang terangkan betul2, baru aku macam ooooo nape tak cakap awal2. "Kitorang da cakap la! Kau yang blur." Bahahahha janganlah marah.

Ada orang pernah bagi aku lirik lagu. Aku baca berapa kali tapi aku tak faham. Lagu Melayu ok, lagu English tak faham kalau maaf la lagi. Last sekali aku message dia suruh explained apa maksud lagu tu bahahaha. Sumpah boleh spoil-kan situasi aku ni.

Susah jugak jadi blur ni. Da macam bodo2 alang je haha. Macam mana nak bagi alert eh? Huhu

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance