Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 5 January 2013

Sembang Sorang2 #10

Tadi selesai jawab paper Criminal Procedure Code I. Ada 12 soalan wehh untuk jawab dalam 3 jam, essay pulak tu! T___T Kejung tangan aku menulis tadi, kalah tulisan doktor yang macam cacing keracunan makanan. Alhamdulillah, sempat jawab semua. Betul ke tidak? Tidaklah hamba tahu haha.

Tadi call mak, mak bagitau berita gembira :D Heee, can't wait, hope menjadi, insyaAllah. Doakan ;)

Lagi berapa hari je nak balik. Tak sabarnya. Da lama gila tak jejak Perak, dekat2 2 bulan. Macam mana la orang yang study oversea tu ek? Yang balik setahun sekali. Kalau aku harus menderita.

Aku rasa aku busy sepanjang sebulan setengah cuti ni. Auwww. Banyak perancangan yang da diatur, insyaAllah Allah perkenankan. Ikutkan hati nak kemas barang sekarang hahaha, tapi macam over pulak. Takut mengganggu roomate aku, tunggulah nanti.

Roomate aku last sem da. Sem dapat siapalah roomate aku. Mintak2 dapat yang ok macam yang ni, tak berkira, rajin masak. Rajin masak tu penting haha. Sedih pulak lagi berapa hari je nak duduk dengan dia. Setahun jugak aku duduk dengan dia. Kitorang takdelah rapat sangat, tapi lately rapat jugak hehe.

Dia dapat praktikal dekat Berita Harian, hah boleh hack suruh masukkan gambar aku dekat muka surat depan hari Ahad, dengan caption 'Pelajar berkredebiliti tinggi, tonggak harapan negara, pembangunan ummah, rujukan belia, harapan ibu bapa, kebanggan agama' Hahaha Pergi M dengan harapan kau Nadia.

Cuaca tak menentu sekarang ni. Time sejuk, sampai ke tulang sumsum gigil dia. Tidur pun pakai stokin. Da rasa maca orang dalam pantang haha. Tapi bila bangun pagi sebelah stokin da tercabut. Siapa cabutkan? Haaaaa! 0_o. Sekarang panas membahang pulak da. Air pun jadi panas sekali. Redha sajolah.

Aku ada lagi 2 papers sebenarnya ni. Tapi malas nak belajar T___T Fikir nak balik jee. Amboi gaya kau Nadia, macam carry mark 60/60. 

Ada gap 2 hari, besoklah belajar kakaka. Bye! 

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance