Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 29 January 2013

Pantang nenek moyang aku

Pantang nenek moyang aku bla bla bla. Mesti pernah dengar ayat ni kan? Dulu aku ingat ayat ni untuk exaggerated je. Rupanya, ada betulnya.

Waktu kecik aku ada perangai, kau jangan janji dengan aku apa2, sebab kalau tak tepati janji memang aku mengamuk tendang dinding bilik, tendang pintu, walaupun yang sakit kaki aku. Tapi time kecik mak ayah je la yang ada janji dengan aku. Contoh nak belikan aku mainan Sabtu depan.

Bila sampai Sabtu depan, tiba2 katakanlah kereta ayah rosak, tak boleh keluar. Aku takkan pernah nak faham benda2 tu dulu. Bagi aku, janji adalah janji. So da janji nak belikan aku mainan, kene beli jugak, tak kira la macam mana pun, janji aku dapat mainan tu hari tu jugak. Kejinya perangai haha. Sebab aku tak suka bila aku tunggu masa tu dengan penuh harapan dan debaran, bila sampai masanya, tak jadi. Waktu tu takde siapa ajar aku, manusia merancang Tuhan yang menentukan. Giteewww.

Da besar takdelah aku buat perangai tak senonoh tu. Da belajar bersabar heuheuhue. Tapi perangai tu ada sikit2 lagi. Aku tak suka orang lambat kalau da janji nak jumpa sekian2 waktu. Lambat seminit 2 aku tak kisah, tapi kalau lebih 10minit pun aku da panas punggung. hehe Kecuali ada reasonable reason, so boleh sejukkan hati aku sikit. Tapi panas macam mana pun aku tak reti tunjuk, aku diam je, lama2 aku ok sendiri hehe, kecuali dengan adik2 aku bahahha.

Aku tengok adik laki aku perangai macam tu. Tapi aku faham perasaan dia, especially bila da janji and delay janji sebab benda remeh. Baik tak payah janji dari awal, takdelah mengharap kan?

Mak pun da faham perangai dia, sebab turun dari aku. Ayah lagi faham sebab perangai kitorang turun dari ayah. Haha. Ayah cerita kat mak, dia time kecik macam tu. Bila arwah tok janji apa2 dengan dia, tapi tak dapat tunaikan, mula la meroyan haha. Sebab tu kalau rasa tak boleh tunaikan, ayah tak bagi mak janji apa2. And once da janji, sedaya upaya dorang tunaikan ;)

Bila mak cerita kat Pah yang ayah pun perangai macam tu dulu, pah cakap, tok aku (ayah kepada ayah) pun memang perangai macam tu masa kecik, moyang cerita kat Pah. Hahahaha. Patutlah. Ni baru betul memang pantang nenek moyang aku kalau orang tak tepati janji. Huehuehue

Perangai tok turun dekat ayah, turun dekat aku, turun dekat Hafiz. Kenapa aku sorang je perempuan? Bahahha

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance