Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 22 January 2013

Nak cari firm, nak cari firm

Sekarang ni kalau buka twitter, budak law batch aku sibuk tengah cari firm untuk praktikal bulan 6 ni, insyaAllah. Ada yang da called, ada yang walk in interview, kena hantar resume segala. Ada yang terus cari untuk chambering. Bagusnya :D

Aku? Aku? Bahahaha. Satu habuk tak buat lagi. Firm insyaAllah da dapat, tapi dia mintak resume, sampai sekarang aku tak hantar lagi. Malas la nak buat resume, contoh da ada. Tapi nak godek balik sijil2 semua tu malasnya hai. Mana aku campak entah sijil menang pertandingan mewarna time tadika dulu.

Aku insyaAllah buat kat Kuala Kangsar je, practical & chambering. Malas nak buat kat Ipoh, tak larat nak travel, kos lagi. Duduk rumah heaven seyh, lunch boleh balik rumah. 5minit je hoi firm tu dari rumah aku. Lagipun aku memang aim firm kecik2 je, boleh banyak belajar. Firm besar ni, semua busy, so kurang belajar, mungkin banyak ternganga je. 

Aku pun tak tahu sangat firm yang aku apply tu major dalam apa bahaha. Land tak salah aku. Aku lagi prefer conveyancing dari litigation, sebab aku tak suka masuk court, macam masuk hospital suram dia. Tapi dapat apa pun aku redah je, hidup mesti diteruskan! Yeahhh! *tiberr

Eh macam tak percaya je da nak habis belajar lagi 5 bulan, insyaAllah. Rasa macam baru minggu lepas terkebil-kebil masuk Asasi Law, sekarang da nak habis degree. Walaaaa. Tapi jauh lagi perjalanan masa depan aku, banyak perancangan, tapi Allah yang tentukan. Kita usaha je, ye dak? 

Moga Allah tunjuk jalan, dan permudahkan segalanya, untuk aku dan kawan2. Aameen :)


No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance