Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 16 January 2013

melayu vs cina vs india

1997 - Nadia kemalangan, van yang dipandu ayahnya terbabas. Kepala luka terkoyak, badan berlumuran darah. Ayahnya cemas lalu mendukung Nadia sambil minta pertolongan kepada pemandu2 di jalan raya. Rata2 masyarakat Melayu hanya memperlahankan kenderaan sambil menutup muka dan berlalu pergi. Siapa yang bawa Nadia ke hospital akhirnya? 

Cina, ye satu keluarga Cina yang baru ambil kereta baru untuk pulang ke kampung, berhenti, mengejarkan Nadia yang cedera ke hospital berdekatan. Semua lampu isyarat dan tol diredahnya, dan hampir bertembung dengan ambulans yang baru hendak ke tempat kejadian. Sampai di wad kecemasan, ayah Nadia meminta maaf kepada Cina tersebut atas sebab mengotorkan kereta barunya dengan darah. Lalu dia menjawab 'hayaa takde apa la, kereta tak penting, boleh cuci, nyawa anak you lagi penting'. Ayahnya menghulur not RM10 untuk mencuci kereta pun ditolak baik oleh Cina tersebut. Kemudian dia kembali ke tempat kejadian untuk memberi bantuan yang patut.

2013 - Hafizuddin memasuki rentas desa sekolah dan dapat tempat pertama. Cikgu membatalkan kedudukan dia atas sebab dipercayai dia melalui jalan pintas. Lalu seorang budak India bangun menerangkan pada semua cikgu yang Hafizuddin melalui jalan yang telah ditetapkan. Padahal budak India itu bukan kawannya. Hafizuddin baru di tingkatan tiga, budak India tersebut sudah di tingkatan enam. Dia tak mempunyai apa2 faedah menerangkan hal tersebut, walhal kalau dia tak terangkan, mungkin dia akan menduduki tempat pertama berbanding tempat kedua yang dimilikinya.

Jadi tak berita yang aku nak sampaikan? Faham tak? Aku baca balik masyaAllah teruknya BM aku sekarang, buat malu kat orang Asli je (tak tahu kenapa perlu malu dengan dorang). Cerita first terjadi dekat aku, cerita kedua terjadi dekat adik aku baru tadi.

Sebab tu aku tak racist. Bagi aku yang bezakan kita, agama bukan bangsa. Aku percaya bangsa apa pun kita, ada yang baik, ada yang jahat. Jangan nak agungkan sangat bangsa kau kalau bangsa kau yang paling banyak dalam pusat serenti, jangan nak banggakan bangsa kau, kalau bangsa kau yang paling banyak dapat gelaran mat rempit. 

Aku bukan tak bangga jadi orang Melayu, bangga. Penuh adat tatasusila, sopan santun, cantik molek katanya. Tapi aku lagi bangga jadi orang Islam. Bagi aku yang kuat menyatukan kita, agama, bukan bangsa. Da tu kalau Cina muallaf kau nak biarkan sebab dia bukan Melayu? And Melayu yang togok arak kau nak banggakan sebab dia Melayu? Begitu ke?

So kau tak payah lah nak bangga kau bangsa dermawan ke, saudagar minyak ke, keturunan Nabi ke, tapi kalau akhlak buruk, tak guna jugak, ye dak?


No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance