Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 17 January 2013

MASK collagen rumpai laut AA

RM5.00, tunai. (sebotol penuh)

Makcik aku ada ambil stok rumpai laut dari Sabah. Aku tengok ada warna kuning dengan ungu. Yang kuning gred AA, yang purple gred AAA. Makcik aku cakap kalau setakat nak buat mask, yang gred AA je. Yang AAA elok untuk kesihatan dalaman (elok diminum), makcik aku cakap rasa laut sikit haha, tapi dia bancuh dengan kordial berperisa orange ke, sarsi ke, baru okayy.

Aku tak kuasa la nak minum benda2 pelik ni, aku kan sihat walafiat bagaikan juara haha. So aku pau la mask yang da diproses oleh makcik aku ni. Lepas dicuci semua, makcik aku bancuh collagen ni dengan air tadahan Diamond yang da dibaca ayat2 syifa' oleh pakcik aku, seorang ustaz. Ha gitu, bunyi macam da suci benor hehe.

Benda tu sumpah macam jelly kelapa. Aku pakai tiap malam lepas cuci muka, sebelum sapu moisturizer. Dalam 30minit aku biar atas muka, then baru aku basuh. Time tu siapa buat lawak memang aku baling dengan remote astro sebab tegang gila kot muka jadi, cakap pun da macam robot je aku rasa. HAHA. Ada aku baca, nak lagi elok, basuh muka dengan air suam sebelum apply mask ni. Aku bangsa pemalas ni, guna air paip je huahuahua.

Cara2 pakai; ambil setengah sudu je, then sapu and ratakan kat seluruh muka. Sisa2 dekat tangan tu, nak sapu kat rambut pun bolehhh. Biarkan 30minit. Nak biar semalaman pun boleh.

Alhamdulillah, tak sampai seminggu pakai, aku nampak perubahan. Ok sabar2, da nak masuk part puji diri sendiri HAHA. Muka sumpah jadi lembut gila. Aku perasan time aku nak aminkan doa, time usap muka, macam syok je, rasa nak aminkan  doa 73 kali haha. Lagi satu, muka aku takkan kering sangat, or berminyak sangat sepanjang hari, lembap2 sentiasa, gittewww.

Then aku tengok parut2 jerawat aku makin kecut. Makcik aku cakap kesan 3 bulan ke atas baru nampak betul2, tapi aku baru pakai berapa hari da nampak perubahan sikit2. Ciri2 orang beriman kot bahahha. Then ada sorang makcik aku tegur muka aku nampak 'glow'. Ya Allah, perempuan mana tak suka dipuji macam tu kikiki. Rasa nak bangun buat tarian ballet time tu haha.

Banyak lagi kelebihan rumpai laut ni. Google la sendiri hehe. Tapi benda ni kena letak dalam peti ais, belah bawah, bukan kat tempat freezer tu. Kalau letak kat tempat freezer, elok la dibuat ais batu dan dihidang pada tetamu.

14 comments:

  1. lawak baca entry nie..haha..dah la tgh pakai masker rumpai laut, pakai dulu baru google kelebihan dia..
    haa, nampak sgt berani mati..muahaha

    by the way, thanks share!

    ReplyDelete
  2. Hehe inshaAllah slmt pkai.

    No prob ;)

    ReplyDelete
  3. thanks sharing. memang rasa perubahan positif pada muka dan kesihatan bada, penghadaman pun dah jd lawas.

    Sihat itu Indah

    ReplyDelete
  4. nampak sangat nak tarik pelanggan...tapi mmg mnjadi

    ReplyDelete
  5. Hahaha. Mmg kelakar post ni. Tgh pakai mask kolagen rumpai ni. Rse tensyen xleh ketawa puas2. Jap lg lepas basuh bleh ketawa kuat2. Anyways, thx sis. Awesome entry!

    ReplyDelete
  6. haha kn. sakit hati x dpt gelak kuat2.
    my pleasure ;D

    ReplyDelete
  7. Lawak la entry ni terutama part pakai mask kalau ade yg buat lawak rasa nak baling remote astro. Hahaha. Aku paling byk kena sakat ngan adik beradik aku time ni la coz aku takleh balas kwang asem tul tu. anyway nice entry keep it up

    ReplyDelete
  8. :) adik bradik mmg dilahirkan utk menguji ksbrn kita agaknya hehe

    ReplyDelete
  9. nice entry..lawak sbb mmg terjadi pada saya..hahaa

    ReplyDelete
  10. makcik awak ada jual lagi x yang belum proses ?

    ReplyDelete
  11. sorry da takde. supplier kat Sabah da pindah sini

    ReplyDelete
  12. sorry da takde. supplier kat Sabah da pindah sini

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance