Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 14 January 2013

Manusia kurang peduli

Reminisce the past, I was an ignorant. Mungkin sekarang pun ye, tapi semakin kurang sikap tu. Kalau sekarang orang kata aku kayu, dulu aku besi konkrit kot. Kalau dulu orang kata aku tak sweet, sekarang mungkin aku sweet sour sikit. Kalau dulu orang kata aku takde perasaan, sekarang ada sikit. 

Dulu kalau ada orang nak merajuk dengan aku, nak sentap dengan aku, pergi mampus kau. Tak kuasa aku nak memujuk. Especially kalau merajuk konon nak manja, lagila aku tak layan. Geli ok geli. Tapi sampai sekarang aku tak reti pujuk orang. Alhamdulillah mulut aku tak lancang nak asyik buat orang sakit hati dengan aku, jarang orang sentap dengan aku (setahu aku), so memang kureng la adegan pujuk2 dari aku.

Kalau salah aku, then nak merajuk, ok fine, aku akan mintak maaf. Tapi kalau lepas aku mintak maaf elok2, nak buat perangai mengada-ngada lagi, merajuk la kau sampai  tahun 1567hijrah pun aku tak kisah. Aku memang tak kuasa melayan orang mengada ni. Nak menggedik, bukan dengan aku kot.

Dulu kalau ada orang mengadu dekat aku dia tak sihat (minor one) aku akan pelik. Dia ni kenapa nak bagitau aku, ingat aku doktor ke? Tak reti makan ubat sendiri? Dia kat Zimbabwe, aku dekat Malaysia, dia bagitau pun apa aku boleh buat? Yeah very lack of courtesy aku ni. Then lama2 aku faham, oh nak perhatian. Then setiap kali orang mengadu dia tak sihat, aku suruh la makan ubat, take care. Gittewww.

Tapi bila da suruh makan ubat, buat mengada 'ala tolong suapkan' 'taknaklah pahit' Kau ni motif apa? Da mengadu, ok aku faham aku kene tunjuk care, aku da suruh makan ubat, yang kau banyak cekadak lagi kenapa? Kau tak nak makan ubat suka hati kau lah, da besar kan, da boleh fikir kan, janji aku da suruh. 

Yes aku tak sweet, I noticed that. Hewhewhew. Aku sweet dengan kawan2 baik aku yang perempuan je kot, tu pun tak se-sweet mana. Kalau aku ada buat something sweet untuk dorang, mulalah dorang tak percaya haha.

Aku tak reti tunjuk perasaan aku or aku kurang perasaan, aku pun tak tau yang mana satu. Hari tu ada orang merajuk dengan aku sebab aku tak merajuk dengan dia. Eh? Kau gila eh nak paksa orang merajuk2 ni? Ada satu scene patutnya sebagai perempuan biasa aku da merajuk, tapi aku tak merajuk, last2 dia yang merajuk sebab aku tak merajuk. Kau pening tak dengan orang macam ni? Patutnya bersyukur tak payah susah2 nak pujuk. Benda da jadi, jadi la, bukan dengan merajuk boleh ubah benda pun. Kalau benda tu salah, tegur. Yang kau susahkan diri nak merajuk kenapa? Bagi aku merajuk won't solve anything, discussion will. Kalau da geram sangat, bagi je penumbuk haha.

Kawan aku pernah cakap, perangai aku macam boyfriend dia. Ah sudahhh, roh laki mana yang masuk dalam badan aku ni? Haha. And ada kawan aku jugak cakap, aku maybe dapat laki hati macam perempuan. Sensitif. Ya Allah, jauhkan. Tapi so far laki yang aku kenal memang perangai macam perempuan T___T. Bukan lembut macam pondan, tapi tu la, sensitif, kuat sentap. Main dengan aku yang takde perasaan, memang makan hati la kau! haha.

Tapi aku rasa now aku tak sekayu dulu. Aku da tau nak buat apa dalam situasi2 tertentu. Tapi kadang2 aku terpaksa jadi hipokrit. Buat2 merajuk? Benda paling gila aku pernah buat. Ha ha ha.

*3 missed calls*
*1 message received* - Awak, soriii. Ignored
*1 message received* - Awak, janganlah macam ni, pleaseee. Replied - Hmmm yela
*1 message received* - Yeayy, thank you! :)

Seksa tahu tak jadi hipokrit ni. Padahal tengah berseronok tengok Hawaii Five-O, menikmati ke-handsome-an ciptaan Allah dekat Steve. Yela kalau tak ignored karang kata tak merajuk, kata tak de perasaan, kata kayu. Padahal tak kisah pun, benda kecik je. -..- Hak alohhhh, macam2 manusia ni. 

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance