Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 8 January 2013

Kepincangan Masyarakat dalam politik (tajuk ala2 wartawan Utusan)

Hari ni teman nak berblog dalam bahasa Perok. Kome tak faham, lantakkan. Kiki. Ikutkan peratusan berbahasa Perok dalam rumah aku, penggunaannya 30% je kot. Tapi nak menulis boleh kot. Macam bahasa omputeh la, tulis kemain laju, labun (cakap) gagap haha. 

Hari ni aku nak bincang isu parti politik. Bukan isu politik, teman tak reti selok belok politik ni. Apa kebendenya politik tu? Semua orang heboh menyebut, tapi apa sebenarnya menatang tu?

Bila Najib umum pasal bonus 3 bulan, akan ada mulut2 yang cakap 'eleh politik lettewwww, tapi rezeki jangan ditolak haha'. Maknanya di sini, maksud korang politik tu rasuah? (Eh mana pergi bahasa Perok teman ni?) Penerima rasuah pun dosa tau, tapi apa yang Najib bagi memang harta kita pun kiki (amboi2, Najib je kau gelar dia eh, pernah main guli sama2 keww?). Ah malas la cakap pasal politik, pening kepala otak teman nak memikionye.

Aku punya tak berapa berkenan politik, da 5 tahun tak beli Utusan. Atenya Utusan tu obvious benor pro kerajaan, tak payah la nak membodek sangat, jelik orang baca. Kita chill2 sudah. Aku lagi suka baca berita merepek dekat Metro. Caption depan da boleh buat gelak. 'Nenek umur 98 tahun gigih ambil SPM', selak muka surat seterusnya 'Cicak tertelan garfu', selak lagi ada iklan perapat, selak lagi ada gambar Dr Rozmey 5 ms, terpanjat gegirl. Nampak sangat aku bukan orang yang serius kan?

Tapi apa yang aku tak puas hati, lantakla korang nak sokong parti loceng ke, basikal ke, matahari ke, bulan gerhana ke, ikut korang la, hak masing2. Tapi jangan berpecah sebab perbezaan politik boleh? Terutama yang Islam. Apa salahnya bersatu atas paksi Islam. Yang ni kata orang tu makan rasuah, yang ni kata orang tu rosak akidah, yang muda bertumbuk sesama sendiri. Haishhhh. 

Tau kenapa sesama Islam boleh berpecah? Sebab selfish! Sorang nak monopoli ekonomi negara, sorang sebab nak jadi ternama seluruh dunia kenal, sorang nak kuasa. Berapa ketul je nak bela rakyat oi? Yang nak bangunkan Islam, Alhamdulillah, bagus sangat niat. Tapi cara kena betul.

Ni aku dengar cerita dari sumber yang boleh dipercayai. Ada satu perkampungan dekat Malaysia, dia punya puak politik amboi over sangat. Kalau anak parti basikal kahwin, dia jemput kroni dia je. Jiran sebelah rumah yang parti matahari telan air liur je tengok kambing golek sebab tak dijemput. Ni nama dia Islam?

Kat kawasan yang sama, siap ada dua surau untuk solat Jumaat, sampai kadang2 satu surau tak cukup jemaah. Ape ke hei nya pak imam oi, sejak bila agama kita ajor benda2 macam ni. Mana ayat Quran yang bagitau 'Solat lah kamu mengikut puak2 mu, sesunggunya kamu orang yang beruntung'. Adaaa? Kalau ada meh tunjuk kat teman. 

Aku bercakap sebagai manusia permerhati normal beragama Islam. Aku takde dalil2 Quran nak bagi, mahupun hadis2. Tapi da jadi macam ni, budak kecik pun boleh nilai perkara tu baik ke tak. Kau nak pangkah apa pun, pangkah la, tapi biar lah tu jadi hal dalam bilik PRU. Kat luar, kau jalani la hidup macam orang Islam biasa. Bagi salam bila jumpa, senyum bila terserempak, bermanis muka sesama sendiri, bertanya khabar. Mana keharmonian yang Islam da terapkan? Malunya kat agama lain, sebab parti politik sesama saudara tak bertegur. Kata Islam agama bersaudara. 

Bagi aku politik kat mana2 pun kotor. Kalau diberi pilihan untuk pilih siapa Perdana Menteri, aku pilih Optimus Prime. Sumpah tak kan ada berat sebelah, tak kan ada rasuah, tak kan ada main perempuan, tak kan ada corruption. Kalau ada pun, apa susah kita boleh tembakkan je dia, ye dak?

Jangan cakap lah, kalau namanya manusia biasa, kalau dapat kuasa, memang naik kepala. Time manifiesto bukan main pang pung pang air liur berterabur 

'Saya akan jaga kebajikan setiap rakyat, even taik sepalit pun takkan melekat dekat jamban awam'
'Saya dengan rakyat takde penghalang, siapa2 nak jumpa saya datang terus office saya, tak payah buat appointment, kalau setiausaha saya halang, depan mata awak saya pecat dia'.

Sampai masanya dia naik, hmmmm, sampai mak sendiri nak jumpa pun kena buat appointement. Memang tak semua macam ni, tapi kebanyakannya macam tu. 

Aku suka baca pemerintahan zaman Nabi dan para sahabat. Telus, ikhlas, amanah, tanggugjawab, jujur, Islam. 

Hari2 kita makan nasi. Yang sepatutnya kaya siapa? Pensawah (wujud ke perkataan ni?) ke pemilik kilang beras? Ha gittewww, siap ada teka teki. Jawab, jawab.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance