Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 16 January 2013

Imaginasi luar alam

Bukak new entry, tapi tak tau nak merepek apa. Hari2 benda yang sama, tidur, makan, main dengan Arissa and Haziq, petang2 main badminton. Sabtu lepas siap sewa court pergi main badminton lepas Subuh. Bab main memang semangat, cuba kejut nak pergi kelas, harus aku bersilat dulu.

Duduk rumah kerja makan je. Mak asyik masak lauk kegemaran. Apa lauk kegemaran aku? Semua, semua yang mak masak huehuehue. Just aku tak berapa in dengan rendang. Oh hari tu mak ada beli durian crepe. Amboi mak pun pandai ikut trend sekarang. So aku try la for the 1st time. And erkkk hmmm it is so not into me. Campuran dia tak harmoni. Time aku makan, adik aku tegur, kenapa muka aku pelik haha. Lain orang lain tekak kan? Lagipun aku sendiri tak berapa suka durian, aku lagi prefer cheese, gittewww. Haha sumpah takde kesinambungan cheese dengan durian. Takdelah, lepas mak hidang durian crepe, mak hidang tart cheese pulak, amboi sedap kemain.

Kalau makan gaya macam ni, ada jugak risau aku gemuk kah kah kah. Tapi takpe, janji bahagia. Lagipun tiap petang kan main badminton sojam? Hihi

Eh aku nak tanya ni, korang suka berimaginasi tak? Aku suka, tak tau la suka ke tak, tapi most of the time aku berimaginasi. Kalau berimaginasi benda elok tak pe jugak. Imaginasi macam mana nak buat skycar ke, macam mana nak buat triple tower ke, macam mana nak cari suami soleh ke, elok la jugak.

Ni imaginasi aku yang bukan2. Bukan ku pinta jadi sebegitu, ianya datang tanpa diundang. Aku selalu bekomunikasi dengan benda tak hidup. Kadang2 cakap dengan pinggan, dengan kerusi, dengan laptop. Tapi cakap dalam hati la, kau gila nak cakap kuat2, mahu mak aku hantar pergi Tanjung Rambutan karang on her way to Giant.

Aku bagi contoh eh. Hari tu aku terbangun pukul 2.30pagi nak pergi toilet. Sebelum sambung tidur, aku nak sapu vicks dekat hidung. Memang jadi habit aku sapu vicks dekat hidung sebelum tidur, rasa selesa sikit nak tidur, walaupun aku tak selsema. Tapi instead of vicks, dalam mamai aku tercapai vaseline, and sapu kat hidung. Lepas tu aku marah vaseline (dalam hati) kenapa dia duduk dekat tempat vicks aku selalu duduk.

Korang perasan tak semut setiap kali bertembung mesti berhenti kejap, seolah-olah menyapa kawan dorang.  Aku memang suka tengok binatang. Kadang2 jadi leka tengok gelagat dorang. And kadang2 aku tolong cipta dialog untuk dorang, dalam hati. Bahaha. Tapi berinteraksi dengan binatang aku tak kisah, sebab aku tahu dia benda hidup. Kalau tengah solat, aku nampak kumbang atas sejadah, aku ambil letak kat tangan aku untuk sama2 berdoa. Kumbang tak ada dosa kan? Doa dia lebih makbul kan? Ha bijak jugak aku

Lagi satu kalau tengah basuh pinggan, aku bercakap dengan pinggan (again, dalam hati), aku tanya dia pedih ke tak. Lepas tu aku basuh laju2 dengan air sebab aku takut dia pedih. T__T

Aku tak tahu ni pengaruh TV ke pengaruh rakan sebaya. Kadang2 bila dalam kereta, aku nampak lori dari arah depan, aku terbayang tiba2 dia tukar jadi transformers.

Kadang2 takut dengan diri sendiri, kesian pun ada, macam tak betul je haha. Nak kata pengaruh cartoon, lama da aku tak tengok cartoon (yeke?). Aku rasa sebab aku banyak berimaginasi la aku lambat matang. Aku rasa la. 

Tak semua benda aku tak matang, cewahh backup diri sendiri. Tapi kalau betul aku tak matang dalam semua hal, tak de lah kawan2 aku cari aku nak cerita masalah, nak mengadu pasal boyfriend, kan?

Aku anggap imaginasi merepek aku ni, my self inner problem. Aku takkan luahkan dia. 

Tapi kalau korang ada masalah yang sama, aku lega la sikit hehe. Takde lah aku rasa aku bakal pengganti Kluang Man.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance