Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 30 January 2013

Cara atasi sakit

Aku ada cara aku atasi sakit aku sendiri. Tapi tak boleh apply kat semua penyakit la. Tak tahulah aku sorang je ke handle sakit macam ni, or orang lain pun macam tu. Sakit zahir and batin aku buat benda yang sama huehuehue.

Aku bagi contoh kalau sakit secara zahir; sakit gigi. Sebenarnya aku tengah sakit gigi ni, sebab tu bagi contoh bahahah. Semalam aku rasa sakit, tapi dia macam manja2, denyut sikit2 je. Aku tak puas hati sakit rasa sikit2 ni, rasa tak berbaloi nak hadap haha. So aku tekan kat bahagian sakit sampai aku rasa sakit gila. Ha baru puas hati, alang2 sakit, biar rasa betul2 haha. Baru konfiden nak pergi klinik ke apa. Kalau sakit sikit2 nanti rasa tak payah pergi la, nanti akan ok la, padahal walaupun sakit sikit makan berminggu jugak kadang2. And kalau sakit sikit2 ni, bila doktor tanya aku tak tahu nak jawab kat mana yang sakit, rasa merangkumi semua bahagian. Tapi aku tak pergi pun klinik lagi, esok la, tahan la sakit sikit, jangan nak pondan sangat haha.

Ok ni aku bagi contoh sakit batin pulak; sakit hati haha. Katakanlah aku dapat 1 message yang menyakitkan hati, yang kalau baca rasa nak campak handphone kat muka si pemberi message, bukan handphone aku la, handphone dia. Tapi aku bukan jenis maki orang balik. Kita cool je, kita cool. Orang gila tak elok dilayan. So cara aku nak immune dengan benda tu, aku akan keep baca message tu sampai aku da tak rasa apa bila baca. Kadang2 sampai aku boleh gelak baca message tu, sambil geleng2 kepala, menyesali perangai manusia yang sedemikian rupa.

And kalau teringat moments yang menyakitkan hati pun, aku akan recall that memories sampai aku da tak rasa sakit hati bila teringat, sampai aku boleh senyum.

Aku tak tahu berkesan ke tak dekat orang lain, tapi dekat aku berkesan. Selamat mencuba hueheuheue


No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance