Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 28 January 2013

Birthday Haziq & Ole2 Bowling

Sabtu lepas Haziq da setahun. Cepatnya masa berlalu. Macam baru semalam tengok muka baby dia baru lahir, sekarang da jadi big boy yang kuat melawan, banyak songeh, manja, cengeng, nakal dalam diam, tak boleh renggang dengan Ummi dia. Wah macam anak aku pulak gaya aku cerita pasal dia haha

Maksu buat majlis kesyukuran sikit untuk dia, tapi makanan banyak. Aku tak makan sangat pun, I on diet muahahaha. Takde maknanya, padahal sebelum tu melantak macam apa je.

Abdul Haziq Jufri aka Mat Nganga Air Liur Meleleh haha. Happy birthday Adik. Jangan gedik sangat please. Laki kene macho, tak boleh berkepit dengan ummi je. Nak kena lempang? haha

budak tua yang menyebok. Abang Hadif yang conquer hadiah adik2 dia. Bestnya jadi budak2, dapat hadiah banyak. Birthday aku tahun ni nak paksa orang bagi mainan la, kereta control ke, robot transformers ke.

Malam tu kitorang buat tournament bowling dekat Mydin Ipoh. Ada 5 group, ambil 5 lanes. Group Pakcik, Paksu, Cheman, Cumi, Pakched. 1 group 5 orang. Campur2 dengan budak kecik. Hadif baling bola macam nak pecah lane tu haha

Memang kecoh la. Ramainya ratu longkang, termasuk la aku haha. Da la aku da 78bulan tak main agaknya, tak warm up tak apa, bagi aku bola, ha memang aku bayar nak tengok bola2 tu menyusur dalam longkang haha. Keturunan tangan pengko, nak buat macam mana. Tau pengko tu apa? Pengko bahasa Perak tak salah aku, maknanya, tangan senget, rasa da baling straight, ke longkang jugak dia nak tuju. 

Kadang2 da straight da baling, harapan nak strike tu memang tinggi, sekali last minute dia melencong pulak bola tu, suwey betul haha. Aku rasa bola tu ada perasaan takut nak langgar pin2 tu, mungkin dia takut sakit, mungkin la. Tak pun, pin2 tu dari jauh da warning bola, kau langgar aku siap, siap, siap la kau. Aku perhati je, aku perhati je gelagat bola dengan pin2 tu. And ianya terbukti lepas aku dapat spare sekali, bola tu tersangkut kat rail tu like forever haha. (taknak mengaku tak reti main)

Eh tak reti main pun, sebab aku la kumpulan aku dapat number 2. Kalau teror lagi sikit, mau kumpulan aku juara haha. Main 2 games. Gila nak hayun bola 9kg 40x. Retak tulang pergelangan tangan rasanya. Da nak last2 tu, aku terlepas bola ke belakang hahahaha. Seronok ye kau Nadia gelakkan diri sendiri. Sampai terduduk aku gelak. Pakcik makcik aku jangan cakap la gelak dorang. Takpelah, aku biasa jadi penghibur tak berlesen ni :P


ni time nak balik. Sesak lif! Escalator da off, sebab da pukul 12mlm huehuehue


Kak Ngah tukan lap bola. Aku tak tahu mana dia dapat kain tu. Aku tengah pegang bola, tengah pejam mata sebelah nak aim pin (bajet), tiba2 ada orang sergah aku 'Oi, lap la bola dulu'. Haha potong stim betul kak Ngah ni.

Arissa ada satu sikap perasan. Dia akan gelak kalau tengok muka dia dekat gambar. And kalau aku dukung dia depan cermin, ke dia gelak sebab dia nampak aku? -_-''


Pakcik aku yang baju oren belakang tu baru 1st time main. Sebelum hari pergi dia tanya main kena pakai tracksuit ke. Hahaha. Salah orang la tanya, memang kena gelak la. Dia ustaz, adik aku jawab, 'Pakai jubah pun boleh Che Man' Haha

Alif, my first nephew. Kerja dia tungg bola datang. Tak ngam dengan kak Ngah dia ni, ada je nak gaduh hehe



No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance