Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 6 January 2013

Angan2 untuk hari mendatang

Korang ada tak berangan kalau da tua nanti nak buat apa? Macam umur da 50, da menapouse, da lepas middle age crisis, da ada cucu, ada anak2 yang da kerja, ada suami yang still sayang kita. Auwwww.

Ikutkan perangcangan, 10 tahun mendatang ni insyaAllah aku akan sibuk dengan kerja. So tu kita tolak tepi dulu. Aku suka pasang angan2 untuk waktu aku da ada leisure time, waktu tua maksud aku, tu pun kalau panjang umur lah! haha.

Nak travel world aku nak start dari awal2 lagi hehe. Da tua nanti aku nak bukak bisnes kedai runcit. Aku suka la jual makanan ni #dasar. Cop! Aku nak jadi cashier. Haha. Aku memang tekad satu hari nanti aku nak jadi cashier hueuheuhue. Siang2 duduk kedai, beramah mesra dengan pelanggan, pukul 8 tutup kedai balik rumah bersantai pulak.

Kalau ditakdirkan satu hari nanti dekat Malaysia da takde siapa sayang aku, da takde siapa untuk aku sayang, aku nak settle down dekat Australia ke, off course bukak kedai runcit jugak haha. Boleh jual daging kanggaroo, belacan, beras. Bukak kedai dekat2 dengan penempatan students Malaysia.

Tinggi kan angan2? 

Untuk masa terdekat, aku teringin nak backpacking ke mana2 dengan kawan2 or dengan suami bahahha. Aku teringin nak travel ke mana2 sorang2, and tak siapa tahu. Sebab kalau buat proses pemberitahun maka terbantutlah hasrat aku. Pergi dekat2 pun okayy, janji sorang2. And maybe aku bagitau seseorang supaya kalau aku tak balik dalam masa sebulan, boleh la buat kenduri arwah kakakaka #takkelakar

Macam2 benda teringin nak buat, tapi kekangan kewangan untuk masa sekarang. (kekangan uolsss) So masa muda ni la nak work hard, kumpul duit. Nanti boleh tolong mak ayah, boleh tolong orang2 yang susah, boleh pergi jalan2 explore bumi Allah. InsyaAllah.

Kahwin? Part of me bila fikir pasal kahwin, rasa macam biar dululah, taknak pisah dengan mak ayah. Memang kahwin tak pisahkan kita dengan mak ayah. Tapi, tapi, tapi, bila balik kampung saya boleh tidur dengan mak ayah tak banggg? Bahaha. Eh kalau aku ditakdirkan kahwin awal, mak ayah akan tetap rasa duit aku. InsyaAllah. Duit aku, duit aku, duit suami, duit aku. Kannnnnn. Kah kah kah.

And part of me nak kahwin. Eh siapa taknak kahwin woi? Berdosa tau bila ada niat taknak kahwin. Fitrah manusia memang nak kahwin. Even gay and lesbian pun fights untuk dorang dapat kahwin legally (apa ke songsang akidah?).

Tapi for now, aku tak fikir lagi bab2 ni. Lagi 2 tahun baru kita gelabah cari calon ok? Sebab kalau nak kahwin, aku nak kahwin by 24 or 25, nak kumpul anak, by 35 tutup kilang sebab da ada hasil yang berkualiti untuk investment masa mendatang kah kah kah. 

Sebelum kahwin ayuh Nadia, kita lunaskan impian nak travel sorang2. Derhaka tak kalau tak bagitau mak ayah? Berdosa tak perempuan travel sorang2? Sebab aku pernah baca Nabi cakap perempuan tak boleh travel sorang2, but I'm not so sure. Nanti nak tanya ustaz la! 

Dreams do come true :) 

Wahai Nadia,
Kalau kau berangan je lebih, tapi malas belajar, lepas tu result teruk, lepas tu takde siapa nak ambil kerja, cuba bagitau aku, macam mana kau nak lunaskan segala angan2 kau?

T___T Baiklah, aku bukak notes sekarang.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance