Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 1 January 2013

2013! Yeayyy!

Happy New Year! Yeayyy!
Sambut new year dengan period pain! Yeayyy
Sambut new year dengan perasaan gelabah sebab tak habis study untuk exam! Yeayyyy
Sambut new year dalam dewan exam untuk subjek Professional Practice! Yeayyy! Yeayyy!

Aku nak jadi manusia yang semakin optimis. Sambut segala yang mendatang dengan Yeayyyy! Annoying pulak yeayyy ni. (yeayyyy!)

Exam da lepas 3 paper. Alhamdulillah. Ada yang ok, ada yang sederhana, ada yang krik krik kritikal haha. Mana pernah aku dapat jawab exam dengan jayanya untuk semua papers, tak pernah, tak pernah, tak pernah hehe. Tapi selagi mak ayah redha, aku cool je. Aku da usaha, aku da berdoa, sekarang aku serahkan segalanya pada Pemilik Segala Ilmu.

Next paper 5hb ni. Sempatlah bergonjeng seketika. Lagi 9 hari nak balik. Yahoooo da bedaa bedu (over excited). Tak sabar nak menatap (menatap kauuu!) muka mak ayah, tak sabar nak main dengan Arissa, Haziq, tak sabar nak jumpa Alif, Afif, tak sabar nak lepak petang2 tepi sungai dengan Ros sambil tengok abam2 main bola, tak sabar nak pergi bercuti, tak sabar nak free untuk sebulan setengah. Kenapa semua tak sabar Nadia? Dasar gelojoh. Cuba belajar bersabar. Tehee

Goodbye 2012. Aku lupa apa jadi dekat aku sepanjang tahun tu. Kadang2 bila teringat satu moment, aku tertanya-tanya, tahun bila ha benda tu jadi? Ciri2 nyanyuk da ada sikit. Uhuk uhuk uhuk.

Overall, aku rasa ok je aku hidup 22 tahun ni. Alhamdulillah. Apa yang aku belajar, nothing lasts forever. Mana kegembiraan aku time ambil result PMR? Mana pergi kesakitan aku time kena jahit dekat kepala 17 jahitan? Mana pergi rasa gembira bila dapat bercuti dengan keluarga? Mana pergi rasa nak terajang orang masa kena tipu? Mana pergi rasa pelik time putus cinta setelah 4tahun merepek bersama? Haha (pelik sebab aku tak tahu apa aku rasa time tu, internal conflict, sedih ada, lega ada, positif negative haha). Mana pergi rasa nervous bila terserempak dengan crush? Kah kah kah.

See? Nothing lasts forever, no worries. Sampai masanya, kita pergi ke fasa baru. Bukan aku kata kita lupa pada kenangan, tapi tu lah, benda tu semua hanya akan tinggal sebagai KENANGAN. Priceless but useless haha. Apa kau boleh buat pun dengan benda yang da jadi, selain ambil yang boleh jadikan pengajaran untuk hidup sekarang.

Akan sampai satu ketika nanti, kalau masih ada rezeki untuk bernafas atas muka bumi ni, aku akan tulis entri 2014! Yeayyy! pulak. (Yeayyyy!)

Aku cuma harapkan aku jadi manusia yang makin baik makin baik dan makin baik. Menjaga hubungan dengan Allah, menjaga hubungan sesama manusia, terutama orang2 yang penting dalam hidup aku. Aameen. 

 أَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ، وَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَي نَفْسِيْ  وَلاَ إِلَى أَحَدٍ مِنْ خَلْقِكَ طَرْفَةَ عَيْنٍ. 
Berilah aku kebaikan dalam semua permasalahanku, janganlah kau menyerahkan ku kepada diriku sendiri, dan jangan pula kepada salah seorang makhlukMu walaupun sekelip mata. 


No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance